Harian Metro

Kini dah tak bertongkat

-

 Jemaah wanita hidap sakit belakang kronik tak henti doa depan Kaabah mohon penyakit sembuh

Berkat tidak henti berdoa dan bermunajat di depan Kaabah, akhirnya keajaiban yang diharapkan jemaah wanita Malaysia dimakbulka­n Allah.

Itu pengalaman dilalui Siti Zahidah Ismail, 48, dari Ampang, Selangor yang terpaksa datang ke Tanah Suci bertongkat akibat sakit belakang kronik.

Menurutnya, seminggu sebelum berangkat, doktor pakar yang ditemui memintanya menjalani rawatan fisioterap­i sebagai persediaan.

“Kini, Alhamdulil­lah berkat saya berdoa dan bermunajat kepada Allah di depan Kaabah setiap hari, akhirnya permintaan saya dimakbulka­n.

“Saya tidak lagi bertongkat kerana sudah boleh berjalan sendiri walaupun masih perlu memakai bengkung sebagai langkah keselamata­n,” katanya di Kompleks Jamarat, di sini.

Siti Zahidah berkata, sebelum berangkat ke Tanah Suci seorang diri tanpa ditemani waris, dia bertekad mengupah orang menolaknya dengan kerusi roda jika tidak mampu melakukan ibadat.

Menurutnya, dia tiba di Madinah 3 Ogos lalu sebelum bertolak ke Makkah 11 Ogos dalam keadaan masih perlu bertongkat.

Katanya, ketika di Makkah, dia berpeluang melakukan tawaf seterusnya berdoa dan solat sunat dalam Hijir Ismail.

“Ketika itu, saya tidak melepaskan peluang berdoa semoga sakit tulang belakang pulih dan mampu berjalan seperti biasa.

“Alhamdulil­lah, akhirnya doa dan munajat saya dimakbulka­n dan inilah keajaiban besar yang berlaku kepada saya dan bukti kebesaran Allah.

“Saya kini mampu berjalan tanpa tongkat dari khemah di Mina berulang-alik sejauh tujuh kilometer untuk melontar jamrah,” katanya ditemani rakan jemaah, Suraya Hashim.

Katanya, ahli keluargany­a di Malaysia mengetahui keadaannya sekarang dan mereka gembira mendengar perkembang­annya.

Kisah Siti Zahidah pernah disiarkan Harian Metro sebelum ini ketika ahli keluarga menghantar­nya berangkat di Kompleks Lembaga Tabung Haji (TH) di Kelana Jaya.

Menurutnya, dia mempunyai pilihan sama ada membatalka­n niat ke Tanah Suci akibat penyakit yang dideritain­ya selain berseorang­an tanpa ditemani waris.

“Bagaimanap­un, ia adalah kerugian jika menolak tawaran berkenaan kerana semua orang mengimpika­n menjejakka­n kaki ke Tanah Suci, jadi saya hanya berserah kepada Allah,” katanya yang mula sakit berkenaan kira-kira dua minggu sebelum menerima surat tawaran pada November tahun lalu.

 ??  ?? SITI Zahidah (kanan) ditemani rakan di Kompleks Jamarat.
SITI Zahidah (kanan) ditemani rakan di Kompleks Jamarat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia