Harian Metro

Kesesakan di Mina cabaran utama ibadat haji

-

Hari terakhir di Mina bagi melengkapk­an ibadat melontar di jamrah, jemaah Malaysia perlu terus istiqamah dan bersabar dengan dugaan dilalui.

Nasihat itu diberikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki susulan kesesakan yang berlaku di khemah jemaah di Mina.

Beliau berkata, kesesakan dalam khemah di Mina bukan saja membabitka­n jemaah Malaysia, sebaliknya turut dihadapi jemaah dari negara lain.

Menurutnya, kesesakan itu disebabkan pertambaha­n kuota jemaah haji bukan saja dari Malaysia, malah turut membabitka­n negara lain.

“Sedangkan kawasan Mina itu sendiri mempunyai had yang ditetapkan syarak sejak zaman Rasulullah SAW.

“Dalam hal ini, muassasah yang menguruska­n jemaah haji dari Asia Tenggara tidak boleh memasang khemah di luar kawasan ditetapkan syarak walaupun bilangan jemaah bertambah.

“Maka berlaku sedikit kesesakan dalam khemah jemaah yang tidak boleh dielakkan dan ia di luar kawalan Lembaga Tabung Haji (TH),” katanya.

Beliau berkata kepada wartawan Malaysia selepas melawat petugas perubatan dan pesakit di Pusat Rawatan TH Syisyah, di sini.

Menurutnya, hal itu perlu difahami jemaah kerana kerajaan berusaha mendapatka­n kuota tambahan bagi membolehka­n lebih ramai umat Islam menunaikan ibadat haji.

“Inilah ujian sebenar atau realiti perlu dilalui jemaah haji sepanjang di Mina, selain terpaksa berjalan 7.5 kilometer berulang-alik untuk melontar jamrah.

“Sebelum ini, mereka berdepan cabaran ketika wukuf di Arafah termasuk keadaan cuaca yang panas,” katanya.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah, Ketua Rombongan Haji 1438 Hijrah Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan beberapa Ahli Lembaga Pengarah TH.

Seramai 841 jemaah haji dirawat di pusat rawatan berkenaan dan 121 jemaah dirawat di hospital Arab Saudi di sekitar Tanah Suci.

Jumlah kematian pula dilaporkan 24 setakat semalam.

 ??  ?? ASYRAF Wajdi (kiri) melawat jemaah yang dirawat. KEADAAN trafik jemaah sepanjang laluan untuk
melontar.
ASYRAF Wajdi (kiri) melawat jemaah yang dirawat. KEADAAN trafik jemaah sepanjang laluan untuk melontar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia