Harian Metro

Bela nasib si meow

-

 50 kucing terbiar diselamat daripada santapan warga asing

“Kami tidak mahu kucing terbiar ini dianiaya dan lebih buruk menjadi santapan warga asing,” kata Ketua Sukarelawa­n Persatuan Pelindung Haiwan Bahtera Nooh, Mariam Yusof.

Kelmarin, pertubuhan pencinta kucing itu menyelamat­kan lebih 50 kucing terbiar di Dataran Tanjung Emas, di sini, sebelum diserahkan kepada orang ramai untuk dipelihara tanpa sebarang bayaran.

Beliau berkata, meskipun datang daripada profesion berbeza namun atas sikap pengasih terhadap kucing mendorong 20 ahli persatuan pencinta haiwan berkumpul di Dataran Tanjung Emas sejak awal pagi bagi menangkap dan mengurung haiwan itu sebelum dibuka untuk diambil secara percuma oleh orang ramai.

“Program anak angkat ini dianjurkan untuk memastikan nasib kucing jalanan ini terbela dan mendapat tempat tinggal termasuk makan minum serta ubat ubatan yang sempurna.

“Lebih 30 ekor kucing mendapat tuan baru dan 20 ekor lagi akan dipindahka­n ke tempat lebih selamat selepas kami mendapat tahu kawasan Dataran Tanjung Emas ini akan dibersihka­n daripada kehadiran haiwan terbiar oleh pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, mereka melakukann­ya kerana niat yang menyayangi sesama makhluk lebih-lebih lagi kucing adalah binatang peliharaan kesukaan Nabi Muhammad SAW dan mereka berhak mendapat kehidupan lebih baik.

Mariam berkata, orang ramai yang berminat menyertai pihaknya menjalanka­n kerja kebajikan untuk haiwan terbiar boleh menghubung­i 012-933 9097 (Hidayah).

 ??  ?? PENCINTA haiwan bersama kucing terbiar yang ditangkap di Dataran Tanjung Emas, Muar.
PENCINTA haiwan bersama kucing terbiar yang ditangkap di Dataran Tanjung Emas, Muar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia