Harian Metro

Cemas hilang 120 jam

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

 Penyelidik JPS ghaib dalam hutan ditemui tidak bermaya

Selepas lebih 120 jam hilang di Hutan Simpan Deramakot, Tongod sejak Selasa lalu, seorang penyelidik Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) akhirnya ditemui selamat enam kilometer dari kawasan jalan tidak berturap di hutan berkenaan, semalam.

Mangsa, Tajuddin Mustapha, 44, ditemui pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan tidak bermaya sebelum dibawa ke pusat kawalan operasi pada jam 11.45 pagi.

Ketua Operasi Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Khatizah Rahaban berkata, mangsa ditemui di jalan tidak berturap di dalam kawasan hutan simpan berkenaan oleh pasukan SAR dalam keadaan keletihan sebelum dibawa ke pos kawalan.

“Mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak bermaya kemudian diberi rawatan awal di pos berkenaan sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Khatizah berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 7.05 malam, Selasa lalu, sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatang­an dikerah ke lokasi untuk melakukan gerakan SAR.

“Mangsa dilaporkan hilang selepas melakukan kerja penyelidik­an di kawasan hutan berkenaan dan gerakan SAR terus dilakukan.

“Pasukan SAR ada menemui kesan tapak kaki dipercayai milik mangsa namun gagal menjejaki mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, gerakan SAR kemudian disambung semalam dengan penambahan anggota SAR membabitka­n BBP Sandakan dan kakitangan JPS.

“Kumpulan SAR dipecahkan kepada lima kumpulan sehinggala­h mangsa berjaya ditemui.

“Operasi SAR membabitka­n 50 anggota terdiri daripada anggota bomba BBP Sandakan dan Kinabatang­an, anggota Pasukan Gerakan Am dan staf JPS.

Terdahulu, mangsa bersama sekumpulan penyelidik sudah selesai menjalanka­n kerja inventori hutan dan dia terpisah daripada kumpulan itu ketika mereka dalam perjalanan pulang.

 ?? Khatizah Rahaban ?? MANGSA ditemui dalam keadaan tidak bermaya. Mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak bermaya kemudian diberi rawatan awal di pos berkenaan sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut”
Khatizah Rahaban MANGSA ditemui dalam keadaan tidak bermaya. Mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak bermaya kemudian diberi rawatan awal di pos berkenaan sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia