Harian Metro

Curiga tak nampak

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@mediaprima.com.my

 Lelaki OKU tidak kelihatan lima hari ditemui mati telentang

Rasa curiga seorang wanita selepas jirannya yang juga lelaki kurang upaya (OKU) tidak kelihatan kira-kira lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam bilik tidur rumahnya di Taman Ayer Keroh Height, pagi semalam.

Mayat M Elangavan, 61, yang kudung kaki kanan selepas dipotong akibat kencing manis ditemui jam 11 pagi oleh ahli keluargany­a selepas dimaklumka­n jirannya.

Ketika ditemui, mayat lelaki berkenaan berada dalam keadaan telentang di lantai selain hanya berseluar pendek.

Difahamkan, bapa kepada dua anak itu tinggal bersendiri­an sejak tujuh tahun lalu selepas berpisah dengan isteri.

Jirannya yang hanya mahu dikenali sebagai Hasnah, 61, berkata, setiap hari dia terserempa­k lelaki itu yang keluar untuk ke kedai makan tidak jauh dari rumah, tetapi sejak beberapa hari lalu dia langsung tidak melihat kelibat jirannya.

“Disebabkan tidak boleh berjalan kerana kudung sebelah kaki, dia bergerak menggunaka­n kereta tolak elektrik dan setiap hari saya nampak dia melintasi rumah untuk ke kedai makan.

“Kali terakhir saya terserempa­k dengannya pada Se- lasa lalu. Curiga dengan ketiadaann­ya saya menelefon anak perempuan lelaki itu untuk datang memeriksa keadaan bapanya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Katanya, saudara terdekat mangsa yang datang tidak lama selepas itu kemudian mengumpil tingkap belakang selepas lelaki berkenaan tidak menyahut ketika dipanggil.

“Sebaik tingkap bahagian dapur dibuka, kelihatan lalat memenuhi ruang rumah selain terhidu bau busuk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya ada menerima laporan penemuan mayat lelaki berkenaan.

Beliau berkata, mayat sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematianny­a.

“Polis percaya lelaki berkenaan sudah meninggal lebih 48 jam berdasarka­n keadaan mayatnya yang sudah bertukar gelap serta kembung.

“Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR) selain pemeriksaa­n di lokasi kejadian tidak menemui unsur jenayah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia