Harian Metro

Trafik bergerak perlahan

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

 Pengguna lebuh raya ambil kesempatan pulang awal ke ibu kota

Trafik bergerak perlahan di semua lebuh raya utama ketika memasuki ibu negara di penghujung cuti sekolah dan perayaan Aidiladha, semalam.

Tinjauan Harian Metro di plaza tol Sungai Besi, Jalan Duta dan Gombak mendapati kenderaan bergerak perlahan pada sebelah petang kerana ramai pengguna lebuh raya mengambil kesempatan pulang awal ke ibu kota meskipun hari ini adalah cuti umum sempena kejayaan cemerlang kontinjen Malaysia di Sukan SEA.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik berterusan perlahan di beberapa lebuh raya utama sehingga malam tadi.

“Trafik perlahan dari Kedah, Pulau Pinang dan Perak meliputi laluan dari Sungkai ke Slim River, Gopeng ke Bidor, Jelapang ke Simpang Pulai dan Kuala Kangsar sehingga Terowong Menora serta dari Bertam ke Sungai Dua dan Permatang Pauh ke Perai.

“Kemalangan yang berlaku di lorong kanan kilometer 232 di Changkat Jering ke Kuala Kangsar seterusnya ke Terowong Menora turut memperlaha­nkan kenderaan.

“Aliran trafik sesak dari tol Karak ke Lentang dan Genting Sempah sehingga tiga kilometer ke Plaza Tol Gombak.

“Pengguna dari pantai timur dari Kuantan dan Terengganu dinasihatk­an menggunaka­n Jalan Persekutua­n iaitu melalui Muadzam, Jempol serta Kuala Pilah dan keluar di Lebuhraya LEKAS bagi mengelakka­n terperangk­ap dalam kesesakan,” katanya.

Sementara itu, kenderaan bergerak perlahan di Selatan terutama dari Yong Peng dan Tangkak ke Ayer Keroh sehingga ke Simpang Ampat dan dari Pedas Linggi sehingga ke Rehat dan Rawat (RnR) Seremban.

Pengguna lebuh raya boleh mendapatka­n maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol LLM di 1800-88-7752, Plusline di 1800-88-0000 dan laman web www.twitter. com/llminfotra­fik.

 ??  ?? ALIRAN trafik jam 5.00 petang dari arah pantai timur menuju ke Plaza Tol Gombak bergerak perlahan.
ALIRAN trafik jam 5.00 petang dari arah pantai timur menuju ke Plaza Tol Gombak bergerak perlahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia