Harian Metro

Senaraikan Kilometer 341 sebagai lokasi kemalangan

-

Dungun: Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) meminta kerajaan negeri menyenarai­kan Kilometer 341 sebagai lokasi sering berlaku kemalangan.

Terbaru, pelajar tingkatan dua, Syed Ahmad Irfan Fatihi Syed Syahidi, 14, meninggal dunia kelmarin selepas hampir 24 jam bertarung nyawa akibat terbabit kemalangan di kawasan berkenaan sehari sebelum itu.

Kemalangan jam 10.30 pagi itu berlaku apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail dipandu bapa saudara mangsa, Syed Ahmad Fazrul Syed Mohammad, 30, dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang dipercayai terbabas sebelum terbalik.

Pengguna LPT2, Syed Azmi Syed Mohamad, 39, berkata, kemalangan maut kerap berlaku membabitka­n jarak 200 meter hingga 300 meter sekitar kawasan itu.

Katanya, kerajaan negeri perlu menyenarai­kan lokasi terbabit sebagai lokasi kemalangan sebagai peringatan kepada pengguna supaya tidak memandu laju.

“Selain itu, papan tanda amaran juga perlu diletakkan di lokasi berkenaan,” katanya.

Wan Mohd Alimi Wan Ghani, 34, pula mengatakan ramai penguna lebuh raya tidak menyedari di kawasan itu sudah ramai yang menjadi korban.

“Setiap hari saya berulang-alik melalui lebuh raya ini untuk ke tempat kerja di Kemaman dan kerap terserempa­k dengan kemalangan maut di situ.

“Saya hairan, biarpun lokasi itu jalannya lurus namun kerap berlaku kemalangan, saya percaya puncanya adalah memandu melebihi had laju,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Insfrastru­ktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri Ir Rosli Othman berkata, beliau kesal masih berlaku kemalangan maut di LPT2 biarpun pelbagai usaha sudah dilaksanak­an pihak berwajib.

“Jun lalu, kerajaan negeri melalui Syarikat PLUS Malaysia Bhd memasang tiga kamera Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) di Perasing, Kijal dan Cheneh sebagai memperting­katkan tahap keselamata­n pengguna lebuh raya.

“Kerajaan negeri akan mengadakan perbincang­an dengan pelbagai pihak untuk menambah enam lagi kamere AES di lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan,” katanya.

Menurutnya, enam kamera terbabit bukan berniat hendak menghukum tetapi bertujuan mendidik pengguna lebuh raya supaya berhati-hati sekali gus mengelak mereka terbabit dengan kemalangan.

 ??  ?? KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 340.9, LPT2 yang menyebabka­n Syed Ahmad Irfan Fatihi maut manakala abangnya, Syed Ahmad Hakim Hilmi Syed Syahidi, 18 parah.
KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 340.9, LPT2 yang menyebabka­n Syed Ahmad Irfan Fatihi maut manakala abangnya, Syed Ahmad Hakim Hilmi Syed Syahidi, 18 parah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia