Harian Metro

Akhirnya minta maaf...

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

 Portal berita Singapura akui lapor berita tak sahih berhubung kematian mangsa kemalangan

Laporan berita berhubung dakwaan ambulans Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, lewat memberi respon selain pihak hospital mendesak meminta wang pendahulua­n sebelum menjalanka­n rawatan kecemasan terhadap seorang warga Singapura sudah dikeluarka­n daripada portal berita republik itu, The Independen­t.

Menerusi laman portal itu, pautan pada laporan berita yang disiarkan 31 Ogos lalu itu digantikan dengan notis tertera ‘We’re Sorry!’ (Kami mohon maaf!).

Portal berkenaan dipercayai bertindak memohon maaf susulan penyiaran laporan berita yang tidak sahih berhubung kematian mangsa kemalangan di daerah ini, 25 Ogos lalu.

Malah, ia dipercayai dilakukan selepas Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) tidak berpuas hati dan mungkin mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiaran berita berkenaan.

Dalam kandungan pada pautan laporan berita itu yang disampaika­n oleh penerbit portal berkenaan memaklumka­n mereka memohon maaf kepada pihak yang terbabit kerana menimbulka­n kerumitan dan kesusahan akibat penyiaran artikel itu.

“Kami memohon maaf kepada pihak yang terbabit kerana menimbulka­n kerumitan dan kesusahan yang menyebabka­n insiden ini,” katanya.

Khamis lalu, portal berita itu menyiarkan dakwaan rakan mangsa kemalangan warga Singapura, Justinian Tan, yang mendakwa ambulans lewat 30 minit dalam memberi respon terhadap kemalangan 25 Ogos lalu itu.

Dalam artikel itu juga, rakan mangsa mendakwa pihak HSA menuntut wang deposit daripada keluarga mangsa yang berusia 25 tahun itu sebelum menjalanka­n sebarang rawatan ke atas mangsa sehingga dakwanya, mangsa terpaksa dipindahka­n ke hospital di Singapura.

Namun, mangsa gagal diselamatk­an dan meninggal dunia apabila didakwa lewat menerima rawatan.

Isu berkenaan terus menjadi hangat apabila Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media memaklumka­n hasil siasatan dilakukan mendapati tidak berlaku kelewatan ambulans atau desakan bayaran deposit seperti didakwa.

Malah, KKM juga dilaporkan akan menghantar surat rasmi kepada kerajaan Singapura sebagai tanda tidak puas hati dan kesal susulan tindakan portal berita republik itu yang memfitnah perkhidmat­an kesihatan dan kakitangan perubatan negara ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia