Harian Metro

Kakitangan HSA komited bantu semua pihak

-

Moral kakitangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) tidak terjejas walaupun difitnah hebat media sosial negara jiran susulan kematian seorang lelaki warga negara republik itu, baru-baru ini.

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat HSA, Michael Tay Chee Boon yang juga Ketua Biro Penyelaras­an Hal Ehwal Kerajaan MCA Johor Bahru berkata, walaupun kecewa dilemparka­n pelbagai fitnah, kakitangan HSA tetap komited membantu semua pihak yang memerlukan rawatan terutama rawatan kecemasan.

“Kami di HSA mementingk­an nyawa dan bukannya wang, malah semua pesakit akan dirawat dengan sebaik-baiknya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Untuk makluman, selama ini pasukan perubatan akan memberikan rawatan termasuk kes kecemasan kepada semua pihak sama ada warga tempatan atau luar negara seperti Indonesia, Vietnam, Bangladesh dan Myanmar. “Ada di antara mereka tidak mempunyai wang dan bayaran hanya dibuat selepas semua prosedur selesai, itu pun bayaran oleh majikan mereka... jadi tidak timbul rawatan tidak diberikan sekiranya bayaran tidak dijelaskan,” katanya.

Menurutnya, dia tidak pasti prosedur hospital kerajaan negara lain, tetapi di Malaysia terutama di HSA, semua pesakit akan diberikan layanan walaupun tanpa sebarang bayaran.

Katanya, seperti yang dijelaskan sebelum ini, pesakit diberikan rawatan dan menjalani imbasan CT serta imbasan X, malah pakar bedah sudah bersedia melakukan pembedahan namun keluarga yang bertegas mahu membawa mangsa pulang ke Singapura.

Keadaan itu katanya, membahayak­an keselamata­n pesakit kerana dia memerlukan pembedahan segera, malah pakar neurologi

HSA sudah bersedia untuk melakukan pembedahan, namun keluarga enggan dan mahu membawa pulang ke negaranya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia