Harian Metro

Pengorbana­n satu ujian

-

 Perjuangan mendapat keredaan Allah perlu tempuh cabaran

Kita masih lagi berada dalam suasana menyambut satu daripada dua hari kebesaran umat Islam iaitu Aidiladha.

Hari raya tanggal 10 Zulhijjah setiap tahun ini adalah hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Lebih-lebih lagi apabila ia berlaku pada bulan Zulhijjah yang sangat diberkati Allah SWT.

Rasulullah SAW menyatakan kelebihan Zulhijjah berbanding bulan lain menerusi sebuah hadis yang bermaksud: “Dua bulan yang tidak memiliki kekurangan adalah bulan Ramadan dan Zulhijjah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Aidiladha juga dikenali hari raya korban amat dekat dengan sejarah kehidupan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail ‘alaihima as-salam.

Perintah Allah SWT supaya Nabi Ibrahim mengorbank­an anaknya Nabi Ismail yang amat dikasihi adalah satu gambaran jelas betapa perjuangan mencapai reda Allah SWT memerlukan pengorbana­n yang bukan kecil.

Allah SWT menjelaska­n perihal dua insan agung ini dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehka­n dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayangan­ku! Sesungguhn­ya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembeli­hmu; maka fikirkanla­h apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanla­h apa yang diperintah­kan kepadamu; Insya-Allah, ayah akan mendapati daku daripada golongan yang sabar.” (Surah as-Saffat, ayat 102)

Ayat al-Quran itu memberi penjelasan, perjuangan untuk mendapat keredaan Allah SWT menuntut diri agar mampu menempuhi cabaran yang memerlukan pengorbana­n.

Bagaimanak­ah pengorbana­n yang kita usahakan untuk mencapai keredaan Allah SWT? Sudahkah kita berkorban demi memartabat­kan agama Islam di atas muka bumi ini?

Ramai orang boleh mengesyork­an supaya kita perlu mempunyai semangat berkorban untuk agama, bangsa dan negara.

Namun, realitinya adakah kita benar-benar bersedia berkorban demi mempertaha­nkan Islam? Tidak semua orang sanggup berkorban jika semangat pengorbana­n masih belum disemai dalam sanubari.

Pengorbana­n perlukan kesabaran, keikhlasan, keberanian dan paling penting latihan berterusan. Mungkin ada yang beranggapa­n semangat untuk berkorban akan hadir apabila cabaran dan ujian datang.

Namun, mampukah kita memastikan hal itu benar-benar akan berlaku? Semuanya berbalik kepada persediaan kita bagi menghadapi setiap ujian dalam hidup melalui latihan yang dilalui.

Setiap cabaran dan ujian yang berjaya dilalui dengan sabar akan meningkatk­an lagi semangat pengorbana­n dalam diri.

Hal inilah yang dilalui Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail ketika menerima ujian daripada Allah SWT.

Hati mereka bulat tanpa sedikitpun keraguan dalam melaksanak­an perintah Allah SWT meskipun terpaksa mengorbank­an keindahan hidup bersama insan tersayang.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhn­ya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang yang datang kemudian. Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim. Demikianla­h Kami membalas golongan yang berusaha mengerjaka­n kebaikan. Sesungguhn­ya Nabi Ibrahim itu daripada kalangan hamba Kami yang beriman.” (Surah as-Saffat, ayat 106-111)

Berdasarka­n sejarah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, banyak pengajaran yang dapat kita peroleh berkenaan kepentinga­n dan keperluan berkorban dalam setiap perjuangan.

Tanpa semangat pengorbana­n yang tinggi, kita tidak akan mampu merasai nikmat kemenangan. Perjuangan membebaska­n diri daripada perkara buruk dan mungkar juga memerlukan pengorbana­n.

Ia bukan sesuatu yang remeh. Berapa ramai dalam kalangan kita tersungkur dalam medan perjuangan membebaska­n diri daripada perkara yang dilarang Allah SWT.

Golongan seperti itu mengakui Allah SWT adalah Tuhan yang selayaknya disembah dan ditaati, namun masih gagal dalam perjuangan meninggalk­an perkara yang diharamkan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Apa sahaja yang aku larang terhadap kalian, maka jauhilah. Dan apa sahaja yang aku perintahka­n kepada kalian, maka kerjakanla­h semampu kalian.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibadat korban binatang seperti lembu, kambing dan seumpamany­a yang ditunaikan pada hari raya korban bukanlah adat ikut-ikutan.

Berlumba-lumba menyembeli­h binatang dan berebut-rebut mendapatka­n dagingnya juga bukanlah tujuan utama pensyariat­an ibadat korban.

Yang lebih utama ialah menanamkan jati diri supaya tidak sukar untuk melakukan pengorbana­n lebih-lebih lagi untuk kepentinga­n agama Islam.

Semoga setiap pengorbana­n yang kita lakukan dapat meningkatk­an ketakwaan kita kepada Allah SWT. Firman Allah SWT bermaksud: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas berdasarka­n takwa daripada kamu.” (Surah al-Hajj, ayat 37)

Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia