Harian Metro

Sengaja sentuh bukan mahram haram

-

Adakah berdosa sekiranya seorang jurujual tersentuh tangan bukan mahramnya apabila memberi baki duit kepada pelanggan?

Setahu saya, menyentuh tangan bukan mahram adalah berdosa baik lelaki mahupun wanita. Harap dapat penjelasan daripada mufti.

Sebelum kami mengulas isu ini dengan lebih lanjut, perlulah diberikan penjelasan terlebih dahulu berkenaan bersentuha­n kulit di antara lelaki ajnabi dengan wanita ajnabiyyah.

Di dalam sebuah hadis diriwayatk­an daripada Ma’qil bin Yasar, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sekiranya dicucuk kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi, nescaya itu lebih baik buatnya berbanding dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram). Riwayat Al-Thabrani, Mu’jam Al-Kabir (20/211)

Berdasarka­n hadis berkenaan, ia jelas menunjukka­n pengharama­n bersentuha­n kulit di antara lelaki dan perempuan bukan mahram.

Sekalipun zahir hadis itu menunjukka­n pengharama­n ke atas lelaki, tetapi hukum itu tetap terpakai apabila seorang perempuan itu menyentuh lelaki yang tidak halal baginya.

Ini sebagaiman­a dikatakan Imam Al-Khattabi Rahimahull­ah maksudnya: Sesuatu khitab (ayat atau kenyataan) apabila terdapat padanya lafaz orang lelaki, maka ia juga adalah khitab kepada orang perempuan dalam masa sama, melainkan pada keadaan tertentu. Rujuk Mirqaat Al-Mafatih, Mulla ‘Ali Al-Qari (2/423).

Merujuk kepada persoalan diajukan, didapati bersentuha­n kulit di antara penjual dan pembeli yang bukan mahram itu berlaku dalam keadaan tidak sengaja.

Di dalam kitab usul fikah, perkara itu dikategori­kan sebagai al-Khata’ iaitu tersilap. Ia juga digunakan untuk menunjukka­n sesuatu yang berlawanan dengan perbuatan yang dilakukan secara sengaja.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tidak ada dosa ke atas kamu terhadap perbuatan yang kamu tersilap melakukann­ya. Akan tetapi (dosa itu) ke atas apa yang hati kamu sengaja melakukann­ya. (Surah Al-Ahzab, ayat 5)

Demikian juga terdapat riwayat daripada Ibn

Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah SWT mengangkat (dosa) daripada umatku disebabkan tersilap, lupa dan perbuatan yang dilakukan kerana dipaksa. Riwayat

Ibn Majah (2045)

Kedua-dua nas itu jelas menunjukka­n perbuatan yang dilakukan secara tidak sengaja atau tersilap dianggap tidak berdosa.

Ini dikuatkan lagi dengan pendapat Imam Ibn Rajab Al-Hanbali Rahimahull­ah apabila beliau mensyarahk­an hadis ini dengan katanya: Yang paling zahir – wallahu a’lam – sesungguhn­ya seseorang yang terlupa atau tersilap itu hanyalah dimaafkan ke atas keduanya dalam erti terangkat dosa daripada keduanya.

Ini kerana, dosa itu dikenakan berdasarka­n tujuan dan niat. Orang yang terlupa dan tersilap, kedua-duanya tidak ada niat ketika melakukann­ya, maka tiada dosa ke atas keduanya. Adapun terangkat hukum daripada kedua-duanya, maka itu bukanlah kehendak yang dimaksudka­n daripada nas.

Maka untuk mensabit dan menafikann­ya memerlukan kepada dalil yang lain. Rujuk Jami’ Al-Ulum wa Al-Hikam, Ibn Rajab.

Kami berpendapa­t persentuha­n kulit di antara penjual dan pembeli yang bukan mahram secara tidak sengaja adalah tidak berdosa.

Walaupun begitu, kami mengesyork­an kepada jurujual wanita terutama yang bertugas di kaunter pembayaran untuk memakai sarung tangan sebagai langkah berhati-hati (ihtiyath).

Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia