Harian Metro

Buka cawangan ke-4 di Tunjung tahun depan

-

Bharu: Kumpulan Mydin Mohamed Holdings Bhd akan membuka cawangan keempatnya di negeri ini di Tunjung tahun depan dengan pelaburan kira-kira RM400,000.

Pengarah Eksekutifn­ya Salim Mydin Mohamed berkata, sebelum ini ada tiga cawangan Pasar raya Mydin di Kelantan iaitu di Kubang Kerian, Rantau Panjang dan Kota Bharu.

Katanya, masyarakat di Kelantan gemar membeli-belah di Pasar Raya Mydin dan Kelantan adalah penyumbang jualan terbesar syarikat.

“Mengimbau kembali sejarah penubuhan Pasar Raya Mydin, Kota Bharu adalah cawangan pertama Mydin sebelum dikembangk­an ke negeri lain hingga berjumlah 145 cawangan di seluruh negara.

“Pada akhir tahun ini, Mydin akan membuka dua cawangan baru iaitu Mydin Vista Tunku di Kuching, Sarawak dan Mydin Mutiara Rini di Johor dengan pelaburan melebihi RM500 juta.

“Pada tahun depan, sebuah lagi cawangan akan dibuka di negeri ini iaitu di Tunjung dengan pelaburan RM400,000,” katanya selepas Majlis Korban dan Kenduri Kesyukuran Mydin ke-60 di perkaranga­n Pasar Raya Mydin Kubang Kerian, semalam.

Lebih 6,000 tetamu hadir, majlis itu turut dihadiri golongan fakir miskin.

Hadir sama Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengurus Mydin Mall Kawasan Wilayah Timur RS Naidu.

Terdahulu, Salim mengiringi ibunya Rowshan Bhai menyampaik­an sumbangan kepada 30 anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Dhuafa’ Siti Aminah Pasir Pekan, Wakaf Bharu.

Salim berkata, majlis yang julung kali diadakan itu adalah sempena penubuhan Mydin yang ke-60.

 ??  ?? SALIM (kiri) mengiringi ibunya Rowshan Bhai (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada anak yatim.
SALIM (kiri) mengiringi ibunya Rowshan Bhai (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada anak yatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia