Harian Metro

Tiada batasan tuntut ilmu

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

Bekas guru, Mohamed Zaki Ismail, 65, membuktika­n kecacatan bukan halangan untuk mengecap pelbagai kejayaan.

Mohamed Zaki yang berasal dari Kampung Batin di sini, cacat penglihata­n dan dia mengatakan kejayaan boleh digapai asalkan ada kemahuan kuat.

Menceritak­an pengalaman hidupnya, Mohamed Zaki berkata, ketika zaman kanak-kanak, dia juga ingin ke sekolah namun kekurangan­nya membataska­nnya untuk menuntut ilmu.

Bagaimanap­un, melihat kesungguha­nnya untuk bersekolah, ibunya kemudian merujuk perkara itu ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Ketika berusia sembilan tahun, saya dimaklumka­n boleh ke sekolah tetapi bukan di Terengganu, saya perlu ke Sekolah Princess Elizabeth, Johor Bahru, Johor pada 1963 hingga 1967.

“Saya kemudian melanjutka­n persekolah­an di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman daripada 1968 hingga 1974 sebelum menamatkan persekolah­an di tingkatan enam.

“Pada tahun berikutnya, saya ditawarkan melanjutka­n pengajian di Universiti Malaya hingga 1978 dalam pengkhusus­an ijazah sarjana muda sastera sebelum menyambung diploma pendidikan di universiti sama pada 1979 hingga 1980.

“Selepas itu, saya ditugaskan mengajar di SMK Belara, Manir dan empat tahun kemudian ditukarkan ke SMK

Ibrahim Fikri hingga 2008 sebelum bersara di sekolah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mata pelajaran utama diajarnya adalah Sejarah dan

Bahasa Melayu namun untuk berjaya hingga bergelar pendidik bukannya mudah.

“Saya perlu belajar tanpa buku dengan tulisan braille selain memerlukan bantuan rakan-rakan untuk membaca.

“Saya salin semula apa yang diajar oleh guru mahupun daripada buku teks ke dalam tulisan braille.

“Walaupun sukar, namun rakan-rakan yang normal tidak pernah sisihkan saya malah berebut untuk membantu,” katanya.

Menurut Zaki, kehidupan ketika itu sangar mencabar malah dia pernah mengambil wang daripada tabung khairat kematian bapanya untuk membayar yuran peperiksaa­n tingkatan tiga.

“Saya anak kelima daripada tujuh beradik dan dalam keluarga, saya seorang yang

 Lelaki cacat penglihata­n kongsi pengalaman perjalanan hidup hingga berjaya

melanjutka­n pengajian hingga ke universiti,” katanya yang kini bertugas sebagai guru al-Quran di Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihata­n Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Terengganu.

Zaki turut menerima pelbagai anugerah seperti Anugerah Guru Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu pada 2005 dan pada 2006, menerima Anugerah Guru Cemerlang Peringkat Kebangsaan.

Menurutnya, hasil perkongsia­n hidup bersama isteri, Zaiton Nazir, 60, sejak 36 tahun lalu, mereka dikurniaka­n empat anak berusia 26 tahun hingga 32 tahun. “Selepas berkhidmat sebagai guru selama 29 tahun, saya memilih untuk bersara ketika berusia 56 tahun.

“Selepas itu saya ke PERTIS untuk mendalami al-Quran pada 2009 sehingga khatam,” katanya.

 ??  ?? MOHAMED Zaki bersama isteri menunjukka­n anugerah yang diperolehn­ya.
MOHAMED Zaki bersama isteri menunjukka­n anugerah yang diperolehn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia