Harian Metro

Awak sangat biadab!

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Kakak mangsa nahas nyaris terbunuh luah perasaan

“Pada kereta berkenaan, awak sangat biadab. Awak buat adik saya seinci dengan kematian,” kata pengguna Facebook (FB) Nojahwati Sohaini, 34, berkongsi status peribadiny­a berhubung insiden kemalangan membabitka­n Perodua Kenari dipandu adik lelakinya, kelmarin.

Nojahwati berkongsi status berkenaan susulan tular mengenai kemalangan membabitka­n kenderaan dipandu adik lelakinya, Mohd Firdaus Sohaini, 22, berjaya dirakam menerusi

sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Ulu Penggeli-Bandar Tenggara.

Video berdurasi satu minit dan empat saat itu memperliha­tkan kemalangan hampir meragut nyawa dua sahabat itu ketika mengelak sebuah kereta BMW yang cuba memotong lori di hadapannya dalam kejadian 3.59 petang.

Kejadian itu menyebabka­n mangsa terpaksa mengelak ke kiri sebelum terbabas dan melanggar penghadang besi di bahagian kanan jalan berkenaan.

Nojahwati berkata, dia bertindak tularkan video berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan sikap pemandu kereta berkenaan.

“Saya marah dengan kelakuan pemandu BMW berkenaan. Kalau betul-betul dia salah, sepatutnya dia berhenti membantu atau memohon maaf.

“Ini tidak, dia terus memandu laju menyebabka­n nyawa adik lelaki dan rakannya dalam bahaya akibat perbuatann­ya memotong kenderaan di hadapannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, kejadian itu mengakibat­kan adik lelakinya trauma manakala rakannya dikejarkan ke Hospital Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang oleh orang awam di lokasi dengan van.

“Kemalangan itu mengakibat­kan rakan adiknya menerima lima jahitan di kepala akibat kemalangan itu, manakala adik lelaki saya masih trauma,” katanya.

Nojahwati

Sohaini turut dipetik di laman Facebookny­a berkongsi keadaan adik lelakinya digelar

Daus, menghadapi kemalangan, namun selamat.

“Tq (terima kasih).. Jadi saya nak viralkan pe yang awak da buat.. Moga kalau awak nampak tadi.. Awak sedar.

“Mana undang-undang yang awak pakai.. tidak guna dapat lesen kalau camni (macam ni) cara pemanduan awak,” katanya berkongsi perasaan kesalnya.

Ditanya mengenai kejadian itu katanya, adik lelakinya yang juga penuntut diploma Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam sedang bercuti dalam perjalanan ke Johor bersama rakannya.

“Sebelum itu dia mendapat kebenaran daripada ibu bapa kami dan dalam perjalanan dari rumah keluarga di Taman Sri Lambak, Kluang ke Johor Bahru. kejadian sebuah “Pada petang kejadian, saya dihubungi adik yang memaklumka­n mengenai kemalangan itu sebelum saya dan suami bergegas ke lokasi itu bersama kenderaan tunda,” katanya.

Pada masa sama katanya, kejadian itu berjaya dirakam sebuah kereta yang memandu di belakang kenderaan adiknya.

“Ketika kejadian pemilik rakaman video itu berhenti untuk membantu adik dan berjanji mahu mengirimka­n rakaman video berkenaan,” katanya.

Katanya, laporan berkenaan kemalangan itu dibuat adiknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, kelmarin.

 ?? Nojahwati ?? KEADAAN kereta yang terbabit kemalangan di Jalan Bandar Tenggara-Ulu Penggeli. Dia terus memandu laju menyebabka­n nyawa adik lelaki serta rakannya dalam bahaya akibat perbuatann­ya” RAKAMAN ‘dashboard’ kejadian
menimpa adik Nojahwati.
Nojahwati KEADAAN kereta yang terbabit kemalangan di Jalan Bandar Tenggara-Ulu Penggeli. Dia terus memandu laju menyebabka­n nyawa adik lelaki serta rakannya dalam bahaya akibat perbuatann­ya” RAKAMAN ‘dashboard’ kejadian menimpa adik Nojahwati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia