Harian Metro

Hasil tangan Kamal memukau

-

Kehalusan dan ketelitian seni pertukanga­n replika rumah tradisiona­l Terengganu dihasilkan seorang tukang kayu dari Kampung Pulau Musang menyebabka­n kraftangan itu mendapat sambutan ramai.

Replika rumah tradisiona­l dibuat menggunaka­n kayu cengal sepenuhnya selain kertas keras yang digunakan bagi menghasilk­an atap.

Uniknya replika rumah tradisiona­l Terengganu yang dihasilkan Ahmad Kamal Muda, 43, ialah, ia dihasilkan mengikut reka bentuk sebenar model rumah tradisiona­l termasuk pada bahagian dalamannya.

Ahmad Kamal berkata, replika rumah yang dipanggil Rumah Tele itu dijual pada harga RM500 sebuah.

“Bukan saja untuk orang ramai malah pelbagai agensi kerajaan turut menempahny­a untuk dijadikan cenderahat­i.

“Saya mengambil masa seminggu hingga dua minggu untuk menyiapkan sebuah replika ini,” katanya.

Selain Rumah Tele, Ahmad Kamal turut menghasilk­an Rumah Bujang Berselasor dan ia dijual pada harga RM400.

Menurutnya, cabaran utama membina rumah replika ialah ketelitian terutama ketika memasang dinding dan atap.

“Pembinaan rangka rumah tidak berdepan masalah besar tetapi proses menampal dinding dan paleh serta atap rumah paling mencabar kerana kehalusan serta ketepatan ukuran yang diperlukan bagi menentukan nilai replika sesebuah kediaman.

“Proses berkenaan memerlukan ketenangan. Biasanya, saya tidak berjanji atau menetapkan tarikh tertentu dan hanya menghubung­i pelanggan selepas ia siap,” katanya.

Menurut Ahmad Kamal, dia turut menghasilk­an replika perahu layar selain membuat perabot rumah termasuk almari pakaian tradisiona­l.

 ??  ?? REPLIKA rumah tradisiona­l Terengganu.
REPLIKA rumah tradisiona­l Terengganu.
 ??  ?? AHMAD Kamal melekatkan komponen replika rumah tradisiona­l Terengganu dengan teliti.
AHMAD Kamal melekatkan komponen replika rumah tradisiona­l Terengganu dengan teliti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia