Harian Metro

Hentaman angin laju

- Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

 JKR, Jabatan Meteorolog­i cari kelemahan struktur pembinaan Masjid Bandar Springhill

Jabatan Kerja Raya (JKR) akan bekerjasam­a dengan Jabatan Meteorolog­i Malaysia bagi mencari kelemahan struktur pembinaan Masjid Bandar Springhill, di sini susulan kejadian siling runtuh, kelmarin.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Ir Dr Roslan Md Taha berkata, sebaik kerja baik pulih dijalankan, pihaknya akan meminta nasihat jabatan terbabit bagi mengurangk­an risiko kelajuan angin.

Katanya, siasatan mendapati faktor menyebabka­n siling masjid runtuh manakala kubah senget adalah kerana kelajuan angin.

“Masjid ini dibina pada 2012 oleh JKR dengan kos keseluruha­n RM5 juta. Kejadian angin kuat kerap berlaku dalam kawasan masjid tambahan pula terletak di atas bukit,” katanya selepas mengadakan lawatan di masjid itu, semalam.

Hadir sama, Pengarah JKR negeri Datuk Abdul Karim Mohd Tahir, Pegawai Daerah Khairy Maamor dan setiausaha masjid berkenaan, Abdullah Tamam.

Dr Roslan berkata, kerosakan di masjid itu akan dibaiki segera dan pada masa sama struktur pembinaann­ya akan ditingkatk­an.

“Pihak kami akan melantik kontraktor terbabit untuk membaiki siling yang runtuh. Buat masa ini masjid ini ditutup sementara waktu sehingga pembaikan selesai,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan dua minggu bagi kerja baik pulih dan solat Jumaat akan diadakan di dewan bersebelah­an masjid.

Metro Ahad semalam melaporkan seramai 50 jemaah yang menunaikan solat Subuh bertempiar­an menyelamat­kan diri sebaik siling di masjid berkenaan runtuh.

Ketika kejadian, jemaah baru selesai rakaat pertama sebelum dikejutkan letupan kuat disusuli kepingan siling jatuh ke lantai.

 ??  ?? DR Roslan (lima kanan) ketika mempengeru­sikan mesyuarat khas Masjid Bandar Springhill selepas siling jatuh ketika jemaah sedang solat Subuh, kelmarin.
DR Roslan (lima kanan) ketika mempengeru­sikan mesyuarat khas Masjid Bandar Springhill selepas siling jatuh ketika jemaah sedang solat Subuh, kelmarin.
 ??  ?? MASJID Bandar Springhill.
MASJID Bandar Springhill.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia