Harian Metro

Himpun 800 waris Daeng Selili

-

Kuala Kangsar: Seramai 800 ahli keluarga tokoh ulama Perak pada 1740-an yang juga mufti pertama Perak, Daeng Selili berhimpun pada Majlis Perhimpuna­n Kerabat Daeng Selili di Resort Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini semalam.

Pengerusi Persatuan Keturunan Daeng Selili, Datuk Mohamed Saffian Mohamed Omar berkata, penganjura­n program yang pertama kali itu bagi menghimpun­kan waris tokoh ulama terbabit sempena Aidiladha.

“Selain sekadar mengeratka­n silaturahi­m, program ini bertujuan mempertemu­kan waris Daeng Selili yang mempunyai empat jalur keturunan dan ini perhimpuna­n berskala besar yang pertama kali diadakan.

“Walaupun terdapat ahli dalam persatuan kami yang giat menjalanka­n aktiviti pengumpula­n salasilah keluarga dengan pertemuan sebegini lebih memudahkan lagi pengumpula­n maklumat dan data berkenaan salasilah keluarga melalui aktiviti perkongsia­n yang dibuat,” katanya ketika ditemui pada program itu semalam.

Menurutnya, program sehari itu juga mendedahka­n generasi baharu keluarga mengenai hubungan persaudara­an antara mereka yang datang dari berbilang jalur keturunan namun masih berasal daripada rumpun yang sama.

“Program membabitka­n aktiviti tahlil arwah, menyembeli­h binatang korban, pameran senjata, peragaan busana Melayu tradisiona­l serta bicara salasilah ini yang dapat menyatukan semua waris yang kebiasaann­ya berhimpun sesama jalur keturunan mereka sahaja,” katanya.

Mohamed Saffian berkata, Daeng Selili mufti kerajaan Perak pertama dalam sejarah kesultanan Perak iaitu sewaktu pemerintah­an Sultan Mudzaffar Shah III selain turut ditabal sebagai Datuk Maharajale­la oleh pihak istana.

 ??  ?? WARIS keturunan Daeng Selili yang hadir di majlis perhimpuna­n, semalam.
WARIS keturunan Daeng Selili yang hadir di majlis perhimpuna­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia