Harian Metro

Nasib penghuni RAYMPSKDA terbela

-

Baling: Nasib penghuni Rumah Anak Yatim/Miskin Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam (RAYMPSKDA) Kampung Kuala Samak terus terbela apabila menerima sumbangan daripada orang ramai untuk pembanguna­n rumah kebajikan itu.

Terbaru mereka menerima sumbangan RM11,250 daripada dua individu yang prihatin serta simpati terhadap rumah anak yatim berkenaan yang memerlukan dana bagi membiayai perbelanja­an penghuniny­a.

Daripada jumlah itu, RM10,000 sumbangan dihulurkan keluarga seorang wanita, Hamisah Othman dari Sungai Siput, Perak yang sudah meninggal dunia manakala selebihnya RM1,250 sumbangan kutipan terkumpul seorang guru, Mat Ariffin Ismail, 45, yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Batang Kali selangor dan rakan guru dari sekolah tempat lain.

Penyelia rumah anak yatim berkenaan, Mohammad Rosli Yahaya, 42, berkata, sebelum meninggal, arwah Hamisah meninggalk­an wasiat kepada anaknya supaya menghulurk­an sebanyak RM10,000 kepada perkara kebaikan, termasuk untuk rumah anak yatim yang memerlukan dana.

“Sumbangan berupa wasiat yang disediakan wanita berhati mulia itu disampaika­n Mat Ariffin kerana anak atau keluarga arwah wanita terbabit tidak dapat datang ke sini menyerahka­n sumbangan itu.

“Kami bersyukur berikutan semakin ramai individu dan pihak tertentu dari merata tempat membantu menghulurk­an sumbangan berupa wang dan bahan keperluan harian untuk rumah kebajikan ini,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaia­n sumbangan di rumah anak yatim terbabit.

Mohammad Rosli berkata, rumah berkenaan yang dalam penjagaann­ya ditubuhkan tahun lalu mempunyai 18 anak yatim dan mereka bersekolah di sekolah kerajaan dan swasta sekitar Kuala Ketil, Kupang, Kampung Kuala Samak, Kampung Binjul dan Sik.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan sokongan dan sumbangan dari orang ramai untuk pembanguna­n rumah anak yatim itu kerana RAYMPSKDA tidak mempunyak sumber kewangan kukuh bagi menampung perbelanja­an serta pengurusan rumah kebajikan itu.

“Projek terbaru kami adalah untuk menyediaka­n dewan belajar dan surau dua tingkat bagi kemudahan penghuni yang kini di peringkat awal pembinaan dan memerlukan kira-kira RM150,000 untuk menyiapkan­nya.

“Demi masa depan penghuni rumah ini, pihak kami akan berusaha mendapatka­n dana sebanyak itu dan pada masa sama mengharapk­an sumbangan dari orang ramai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia