Harian Metro

Semarak Korban BHB-BH rai penduduk, asnaf

-

Tanjung Karang: Selepas kejayaan dua program Semarak Korban, kumpulan BIMB Holdings Berhad (BHB) semalam meneruskan kerjasama dengan Berita Harian (BH) menganjurk­an Program Semarak Korban di Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, di sini.

Kampung itu terpilih bagi meraikan sambutan Aidiladha bersama penduduk setempat terutama masyarakat Jawa.

Ketua Pegawai Syariah Kumpulan BHB, Mohd Nazri Chik berkata, dua lembu disumbangk­an kepada penduduk kampung selain sumbangan seekor lembu oleh penduduk bagi program sama.

“BIMB Holdings Berhad menaja sebanyak RM53,000 kepada BH bagi penganjura­n program ini dan tambahan RM30,000 bagi kos pelaksanaa­nnya.

“Selain itu, kami dan Bank Islam menyerahka­n sumbangan RM7,400 untuk diagihkan kepada penerima asnaf, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal,” katanya.

Hadir sama, Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an.

Kata Mohd Nazri, selain kampung itu, program turut dijalankan di Tanjung Karang, Kuala Rompin, Pahang; Bintulu, Sarawak; Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan Klinik Cure & Care di Tampoi, Johor Bahru.

Setiap lokasi menerima sumbangan antara dua hingga tiga lembu.

Sementara itu, Ahmad Zaini berkata, selain menghimpun­kan penduduk Kampung Sungai Kajang Baru untuk bergotong-royong menjayakan program korban dan menyemarak­kan syiar Islam, kerjasama itu sekali gus merapatkan silaturahi­m antara penduduk kampung dengan pihak swasta.

 ?? FOTO: MUHAMMAD SULAIMAN ?? AHMAD Zaini (tengah) bersama penerima sumbangan sempena Program Semarak Korban, semalam.
FOTO: MUHAMMAD SULAIMAN AHMAD Zaini (tengah) bersama penerima sumbangan sempena Program Semarak Korban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia