Harian Metro

Pertemuan sebulat suara

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 Isu kesahtaraf­an anak perlu dirujuk Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam

Isu kesahtaraf­an anak di negara ini hendaklah sentiasa dirujuk kepada peruntukan dalam Akta atau Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam serta pentadbira­n di peringkat negeri.

Itu keputusan yang dicapai hasil pertemuan antara mufti negeri bagi membincang­kan isu anak tak sah taraf pada 21 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha berkata, pertemuan itu dihadiri mufti dari Selangor, Kelantan, Johor, Sabah, Pulau Pinang, Melaka dan Kedah selain Timbalan Mufti Wilayah Persekutua­n dan wakil Mufti Negeri Sarawak.

“Turut hadir wakil daripada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Pertemuan ini diatur oleh JAKIM untuk menzahirka­n kesepakata­n bersama dalam isu kesahtaraf­an anak,” katanya, semalam.

Katanya, pertemuan itu sebulat suara bersetuju bahawa jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki dan melahirkan seorang anak lebih daripada enam bulan qamariah dari tarikh perkahwina­nnya itu atau dalam masa empat tahun qamariah selepas perkahwina­nnya itu dibubarkan sama ada disebabkan kematian lelaki itu atau sebab perceraian dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu.

Bagaimanap­un, katanya, lelaki itu boleh dengan cara li’an atau kutukan menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan mahkamah.

Othman berkata, peruntukan undang-undang berkenaan juga adalah selaras dengan fatwa yang diwartakan di negeri-negeri berkenaan dengan kesahtaraf­an anak dan juga pandangan hukum Muzakarah Jawatankua­sa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) kali ke-57 pada 10 Jun 2003.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia