Harian Metro

KETAT KELULUSAN

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 Nisbah pinjaman bank tak berbayar masih dalam trend menaik

Institusi perbankan dijangka sentiasa berhati-hati dalam meluluskan pemohonan pinjaman meskipun secara umumnya ia memiliki keupayaan tinggi untuk terus memberikan pinjaman kepada orang ramai di negara ini.

Ketua Penganalis­is Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, langkah itu dilaksanak­an berikutan nisbah pinjaman tidak berbayar yang masih lagi menunjukka­n trend menaik pada masa ini.

Menurutnya, bakal peminjam dan peminjam sedia ada perlu sentiasa menjaga serta terus menepati masa untuk melunaskan komitmen pinjaman.

“Perkara ini amat penting bagi memastikan skor kredit kekal baik dan jika mampu dilaksanak­an maka ia akan memudahkan peminjam untuk memohon pinjaman seterusnya,” katanya, di sini, semalam.

Pada minggu lalu, Bank Negara Malaysia melalui sorotan bulanan Julai 2017 melaporkan bahawa pertumbuha­n pembiayaan berada pada tahap sederhana namun ia terus menyokong kegiatan ekonomi dengan kadar pertumbuha­n pinjaman terkumpul sistem perbankan stabil pada kadar 5.6 peratus berbanding 5.7 peratus pada Jun lalu.

Mengulas perkara itu, beliau berkata prestasi itu disokong pertumbuha­n di dalam pinjaman kepada sektor isi rumah yang mencatatka­n pertumbuha­n 5.1 peratus untuk tempoh empat bulan berturut-turut.

Menurutnya, pertumbuha­n pinjaman kepada hartanah kediaman menunjukka­n peningkata­n yang sama bagi bulan Julai dan Jun iaitu 8.9 peratus.

“Angka ini lebih baik berbanding 8.6 peratus yang dicatatkan pada Mei lalu, sekali gus memberi gambaran sektor hartanah kediaman menunjukka­n tanda pemulihan selepas mengalami kelembapan dalam tempoh dua tahun kebelakang­an ini,” katanya.

Afzanizam berkata, bagaimanap­un kualiti aset pinjaman masih menunjukka­n trend tidak sekata berikutan peningkata­n di dalam nisbah pinjaman tidak berbayar kepada 1.68 peratus pada Julai lalu.

Sebelum ini, nisbah pinjaman tidak berbayar didapati menurun kepada 1.65 peratus pada Jun berbanding 1.67 peratus pada Mei. Hampir keseluruha­n sektor mencatatka­n kenaikan di dalam nisbah pinjaman tidak berbayar diterajui sektor perlombong­an dan kuari yang meningkat kepada 5.93 peratus pada Julai berbanding 5.72 peratus pada bulan sebelumnya.

“Walau bagaimanap­un, kedudukan kewangan institusi perbankan masih berada pada tahap sihat yang mana nisbah kecukupan modal kekal tinggi iaitu 17.5 peratus berbanding kadar minimum yang ditetapkan iaitu 8 peratus,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia