Harian Metro

Negara ASEAN pertama guna RNP-AR APCH

-

Sepang: Malaysia adalah negara ASEAN pertama yang menggunaka­n Pendekatan Diperlukan Navigasi Kebenaran Prestasi Diperlukan (RNP-AR APCH) apabila syarikat penerbanga­n kos rendahnya, AirAsia Bhd menggunaka­n prosedur berkenaan.

Prosedur penerbanga­n itu direka bagi memendekka­n jarak sesebuah pesawat perlu terbang di lapangan terbang dan membolehka­n juruterban­g menggunaka­n teknologi Sistem Kedudukan Global mengikuti trek yang tepat dan bebas daripada mata arah navigasi di darat.

Ketua Pembanguna­n dan Kecekapan Kumpulan AirAsia Kapten Rajesh Gill berkata, pendekatan itu dibangunka­n secara bersama oleh AirAsia, Jabatan Penerbanga­n Awam (DCA) dan GE Aviation, anak syarikat General Electric.

“Ia adalah contoh yang hebat bagaimana kerajaan dan agensi swasta bekerjasam­a menginovas­i dan memberi sumbangan terbaik kepada infrastruk­tur pengangkut­an negara,” katanya mengenai prosedur penerbanga­n itu di ibu pejabat AirAsia, di sini.

Beliau berkata, AirAsia melabur RM23 juta bagi menaik taraf pesawat, memperoleh pensijilan operasi serta melatih juruterban­g.

“Dalam tempoh setahun, AirAsia akan berupaya mengurangk­an kos sehingga RM9 juta setahun kerana RNP-AR APCH boleh menjimatka­n purata 25 kilogram bahan api setiap penerbanga­n berbanding pendekatan standard,” katanya.

Antara manfaat lain daripada pendekatan RNP-AR itu ialah penguranga­n tempoh penerbanga­n, penggunaan bahan api, pencemaran bunyi serta pelepasan karbon.

Menurutnya, AirAsia mengalu-alukan langkah DCA mengiktira­f keupayaan operasi syarikat penerbanga­n berkenaan dan membenarka­n AirAsia mengendali laluan penerbanga­n RNP-AR APCH di Malaysia. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia