Harian Metro

Danajamin jamin MTN NGISB bernilai RM340 juta

-

Danajamin Nasional Berhad (Danajamin) menjamin Program Nota Jangka Sederhana (MTN) selama 19 tahun bernilai RM340 juta yang diterbitka­n Northern Gateway Infrastruc­ture Sdn

Bhd (NGISB).

Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin Mohamed Nazri Omar berkata, urus niaga terbabit menandakan jaminan drop off pertama Danajamin untuk bon hidup yang diterbitka­n NGISB pada 2013 di mana Penyusun Utama dan Ketua Pengurus untuk transaksi ini ialah Hong Leong Investment Bank Berhad.

“Transaksi ini adalah perkara baru bagi Danajamin kerana kebiasaann­ya kami menjamin bon yang diterbitka­n daripada program bon baru. Namun dalam perkara ini, NGISB memerlukan penyertaan kami dalam jaminan ini ketika fasa pembinaan,” katanya.

Diterbitka­n dan dilanggan dengan jayanya, sebahagian besar dana terkumpul daripada program MTN digunakan untuk membiayai kos pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

NGISB, anak syarikat DRB-HICOM Berhad dianugerah­kan konsesi pembanguna­n Kompleks berkenaan oleh Kerajaan Malaysia (GoM) melalui Kementeria­n Dalam Negeri pada 2011.

Program MTN itu ditaraf AA1/stabil oleh RAM Rating Services Berhad berdasarka­n sokongan jaminan kewangan mutlak dan tidak boleh ditarik balik sepanjang tempoh pembinaan terbabit dan ini bermakna jaminan itu tidak diperlukan sebaik projek itu selesai.

 ??  ?? MOHAMED Nazri
MOHAMED Nazri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia