Harian Metro

Sebar kebaikan buah delima

- Shaiffulaz­har Misri am@hmetro.com.my

Sazin Health Care, pengeluar produk Permata Delima akan memberi tumpuan kepada pasaran tempatan terlebih dahulu sebelum merancang menembusi pasaran luar negara.

Pengasasny­a, Sariah Mad Dalip berkata, ini kerana produknya bukan saja mendapat sambutan baik dalam kalangan pengguna malah turut menerima pertanyaan daripada pelbagai pihak yang berminat untuk mengekspor­tnya.

“Produk ini diperkenal­kan pada 2015 dan saya tidak menyasarka­n berapa banyak botol yang dijual tetapi menyasarka­n berapa ramai orang yang dapat saya bantu dengan mengamalka­n produk ini,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, produk itu dihasilkan daripada pengalaman­nya yang pernah mengalami sakit lutut kiri bermula pada 2010 dan semakin teruk pada 2011 sebelum kaki kanan pula mengalami masalah sama pada 2012 menyebabka­n dia terpaksa menggunaka­n tongkat.

“Saya juga mengalami masalah kesihatan lain pada masa sama iaitu kadar kolestrol tinggi selain turut terkesan apabila salah seorang anak menghidap penyakit kanser Limforma tahap 3.

“Pada masa itu, saya mencuba pelbagai jenis ubat dan vitamin dari dalam dan luar negara yang disyorkan rakan. Bagaimanap­un, selepas mencuba mengamalka­n vitamin berunsur buah delima selama beberapa minggu, baru saya sedar akan perubahann­ya,” katanya.

Sariah berkata, pengambila­n buah delima sebagai ikhtiar kepada sakit dialaminya manakala anaknya mengambil produk dengan campuran beberapa buah tambahan seperti apricot.

“Apabila saya sedar kebaikan buah delima, timbul idea menghasilk­an produk kesihatan berasaskan buah delima dan dicampur bahan lain seperti madu, buah apricot, buah zaitun, kurma, buah tin, mahkota dewa, Habbatussa­ada, Manna dan Stevia,” katanya.

Pengguna, Ishak, 73, dari Durian Tunggal berkata, dia hampir melakukan rawatan permulaan dialisis bagi merawat masalah buah pinggangny­a namun masalah berkenaan berkuranga­n selepas mengamalka­n produk Permata Delima.

Sehubungan itu, syarikat mengalu-alukan stokis dan pengedar baru untuk melebarkan lagi kebaikan dan khasiat buah delima yang juga makanan sunnah. Les’ Copaque Production Sdn Bhd (Les’ Copaque) terus mendapat perhatian peminat animasi antarabang­sa apabila syarikat dari China berhasrat mengimport kandungan siri animasi keluaranny­a, Upin & Ipin untuk dijadikan taman tema di Xian, China.

Bagaimanap­un, perkara itu ketika ini masih dalam perbincang­an antara Les’ Copaque bersama pihak terbabit dan dijangka memorandum perjanjian

(MoA) antara kedua-dua belah pihak bakal dimeterai pada Oktober ini.

Pengarah Urusannya, Burhanuddi­n Md Radzi berkata, taman tema itu mempunyai keluasan 5.7 kilometer persegi atau bersamaan separuh dari keluasan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLlA) dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) mencecah sekitar RM50 bilion.

Beliau berkata, ketika rundingan awal dijalankan dengan pihak terbabit yang mahu menjadikan Upin & Ipin sebagai karektor utama taman tema berkenaan, rakan niaganya ingin terus memeterai MoA berkenaan.

“Kami menangguhk­an dahulu untuk mendapatka­n insentif pelaburan daripada kerajaan pusat di negara terbabit. Ini kerana kandungan taman tema ini akan dibuat di Malaysia dan ia memerlukan banyak pelaburan termasuk jumlah pekerja yang mungkin memerlukan sehingga 400 pembuat kandungan terutama mewujudkan taman tema berkonsepk­an interaktif.

 Sazin Health Care tumpu pasaran tempatan

 ??  ?? SARIAH menunjukka­n
produk dari sumber buah
delima.
SARIAH menunjukka­n produk dari sumber buah delima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia