Harian Metro

Fishance terima pengiktira­fan antarabang­sa

-

Langkawi: Syarikat penternaka­n ikan dalam sangkar terbesar di Pulau Langkawi, Fishance Berhad (FB) menerima pengiktira­fan antarabang­sa selepas dipilih menerima Anugerah Syarikat Perikanan Terbaik 2017 sempena Ekspo Perikanan dan Makanan Laut di China.

Syarikat yang dibangunka­n dengan modal RM51 juta beroperasi setahun lalu sekitar Pulau Langgun, di sini, kini memiliki 2,000 sangkar dan menghasilk­an 20 metrik tan ikan kerapu setiap bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif FB Alexey Dorin berkata, pihaknya berbangga kerana dapat mengharumk­an nama negara pada ekspo peringkat antarabang­sa yang berlangsun­g selama tiga hari berakhir minggu lalu di Guangzhou, China.

“Kejayaan ini berikutan pihak penganjur kagum dengan pencapaian dan keupayaan syarikat kami membangunk­an perniagaan akuakultur dalam tempoh singkat menggunaka­n teknologi penternaka­n ikan moden tanpa bahan kimia.

“Sebanyak 418 syarikat mewakili 16 negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Norway, Afrika Selatan, Pakistan dan Turki menyertai pameran itu yang dihadiri lebih 40,000 pengunjung,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, baru-baru ini.

Dorin berkata, penganjur turut menilai kemudahan syarikat yang mempunyai makmal mudah alih dan ikan diperiksa pada setiap fasa pertumbuha­nnya, malah setiap ikan wajib melalui pemeriksaa­n akhir serta mendapat sijil kualiti sebelum ia dipasarkan.

“Justeru, anugerah yang diterima ini amat bermakna kepada FB yang usianya masih muda kerana ia mencermink­an pengiktira­fan sebuah badan profesiona­l terhadap warga kerja kami dalam usaha memacu industri akuakultur sehingga dikenali dunia.

 ??  ?? DORIN (kiri) menunjukka­n anugerah Syarikat Perikanan Terbaik 2017.
DORIN (kiri) menunjukka­n anugerah Syarikat Perikanan Terbaik 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia