Harian Metro

Kerjasama perangi Daish

-

 Duterte mahu tubuh pasukan khas dengan Malaysia, Indonesia sekat Daish

Presiden Filipina, RoReutersd­rigo

Duterte semalam berkata, dia akan berbincang dengan Malaysia dan Indonesia mengenai kemungkina­n menubuhkan satu pasukan petugas bagi memerangi aktiviti militan seperti Daish.

Duterte juga menyatakan kesediaan membuka sempadan kepada pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia yang memburu anggota militan.

Katanya, dia merancang mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengenai perkara itu.

“Kami bersetuju untuk mengadakan perbincang­an. Kami kini menunggu masa yang sesuai,” katanya.

Ketika ditanya apa yang bakal dibincangk­an, Duterte berkata, “Secara keseluruha­n kemungkina­n satu pasukan petugas bersama.

“Saya juga akan membuka sempadan kepada pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia. Mereka diberi kebenaran masuk.” Bimbang dengan pengaruh kumpulan pengganas termasuk Daish di Asia Tenggara ketiga-tiga negara itu sebelum ini bersetuju menggunaka­n pesawat pengintip dan dron untuk memantau pergerakan militan di kawasan sempadan.

Pada Jun lalu, ketiga-tiga negara juga bersetuju berkongsi risikan dan menangani dana yang disalurkan ke militan.

Filipina juga membenarka­n pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia masuk ke perairan negara itu bagi memburu militan Abu Sayyaf yang aktif dengan aktiviti menculik kru kapal dagang.

Duterte membayangk­an pertemuan dengan Jokowi dan Najib itu diadakan selepas bandar Marawi dibebaskan dari penguasaan militan Daish.

Selepas lebih 100 hari, tentera Filipina masih bergelut menumpaska­n kumpulan kecil militan yang masih menguasai beberapa lokasi di Marawi.

 ??  ?? DUTERTE
DUTERTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia