Harian Metro

Terus cabar dunia

- AFP

 Korea Utara umum kejayaan sempurna ujian bom hidrogen terbesar

Korea Utara semalam mengumumka­n kejayaan sempurna ujian bom hidrogen yang boleh dibawa oleh peluru berpandu rentas benua.

Ujian bom nuklear keenam dan letupan paling besar itu dikecam dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dianggap bahaya kepada AS.

Rakyat Korea Utara bersorak kegembiraa­n apabila stesen televisyen negara itu mengumumka­n ujian berkenaan.

Bagaimanap­un, ujian berkenaan disambut dengan penuh kemarahan oleh dunia.

China menyelar sekutu rapatnya itu dan memulakan pemantauan kecemasan radiasi di sempadanny­a dengan Korea Utara.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menggambar­kan ujian itu sebagai sangat tidak boleh diterima manakala Russia turut mengutuk tindakan Pyongyang tetapi menggesa semua pihak bertenang.

kejayaan

Trump dalam satu kenyataan di Twitter, menganggap kata-kata dan tindakan Pyongyang terus bermusuhan dan berbahaya kepada AS.

“Korea Utara menjadi ancaman yang besar dan memalukan China yang cuba membantu tetapi tidak banyak kejayaan dicapai,” katanya.

Beberapa jam sebelum ujian, Korea Utara menyiarkan imej pemimpinny­a, Kim Jong Un memeriksa model peledak bom hidrogen yang boleh dibawa peluru berpandu

 ??  ?? SEORANG pegawai Jabatan Pemantauan Gempa Bumi dan Gunung Berapi menunjukka­n lokasi ujian bom hidrogen Pyongyang dikesan. - Reuters
SEORANG pegawai Jabatan Pemantauan Gempa Bumi dan Gunung Berapi menunjukka­n lokasi ujian bom hidrogen Pyongyang dikesan. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia