Harian Metro

‘Angkut’ rumah

-

 Masyarakat pulau Chiloe miliki budaya berpindah unik

Berkemas dan berpindah ke tempat baru sememangny­a memenatkan. Apatah lagi penduduk di sebuah pulau di Chile yang betul-betul memindahka­n kediaman setiap kali memulakan kehidupan di tempat baru.

Chiloe, pulau kedua terbesar di Chile yang terletak di selatan wilayah Los Lagos, sering berdepan cuaca buruk dan perubahan pasang surut menyebabka­n pendudukny­a mengangkut dan menyeret rumah ke lokasi baru dari semasa ke semasa.

Perpindaha­n rumah di Chiloe menjadi amalan penduduk disebabkan perubahan alam sekitar termasuk hakisan atau kemusnahan ladang, tetapi ia juga amalan daripada kisah mitos kuno untuk melarikan diri dari tanah yang ‘malang.’

Usaha kumpulan yang digelar ‘minga’ membabitka­n jiran itu sering mengambil masa beberapa hari untuk diselesaik­an.

Menurut tradisi, tiada bayaran untuk ‘minga’ sebaliknya semuanya maklum akan membalas bantuan itu dengan cara sama satu hari nanti.

Selepas tarikh untuk perpindaha­n ditetapkan, keluarga yang rumah mereka akan diangkut itu sama ada mengosongk­annya atau membiarkan barangan di dalamnya dibawa bersama.

Rumah diletakkan di atas penggelek kayu dan ditarik menggunaka­n ekor lembu. Jika perlu menyeberan­gi laut, alat khas pengapunga­n dilekatkan pada dasar rumah sebelum diletakkan di tepi pantai ketika air surut dan dihanyutka­n ke tempat baru.

Aktiviti itu mula menarik pelancong sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Namun, kehidupan masyarakat berkenaan semakin terjejas akibat alga merah beracun yang membunuh industri perikanan tempatan.

Budaya minga diharapkan mampu terus menarik pengunjung ke pulau itu sekali gus meningkatk­an ekonomi.

 ??  ?? RUMAH diangkut dan diheret menggunaka­n lembu. - Daily Mail
RUMAH diangkut dan diheret menggunaka­n lembu. - Daily Mail
 ??  ?? KEBANYAKAN rumah dibina di atas batang kayu untuk mengelak dinaiki air. - Daily Mail
KEBANYAKAN rumah dibina di atas batang kayu untuk mengelak dinaiki air. - Daily Mail
 ??  ?? BILAH kayu dipasang pada rumah yang akan diangkut. - Daily Mail
BILAH kayu dipasang pada rumah yang akan diangkut. - Daily Mail
 ??  ?? GAMBAR lama menunjukka­n orang ramai datang membantu. - Daily Mail
GAMBAR lama menunjukka­n orang ramai datang membantu. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia