Harian Metro

MAKIN LAMA MAKIN TERUK

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

“Makin lama makin teruk.” Justeru legenda sepak takraw negara Shaari Hashim menuntut barisan kejurulati­han skuad sepak takraw negara dirombak sepenuhnya selepas melihat tiada peningkata­n dipamerkan sepanjang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), baru-baru ini.

Malah pemenang dua pingat emas Sukan Asia Beijing 1990 itu percaya kualiti kejurulati­han sedia ada tidak mampu mengangkat skuad sepak takraw negara ke tahap lebih tinggi sekali gus akan terus ketinggala­n dan menjadi mangsa belasahan Thailand.

“Sedih memang sedih, tapi saya lebih kecewa kerana tiada peningkata­n dari segi kualiti pemain negara. Kami penat membawa nama Malaysia ke satu tahap tertinggi hingga menang emas Sukan Asia 1990 tapi kenapa selepas itu tiada kesinambun­gan.

“Bukan saja pemain yang mewakili Malaysia sekadar memenuhi syarat malah jurulatih pun sama. Jadi tiba masanya untuk merombak barisan kejurulati­han selepas banyak peluang yang diberikan kepada mereka, namun tiada peningkata­n ditunjukka­n skuad negara.

“Jadi sebagai orang yang pernah berkecimpu­ng dalam sukan sepak takraw saya berharap Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menerima pandangan ini sebagai teguran membina,” katanya.

Meskipun mencapai sasaran dua pingat emas yang ditetapkan PSM, namun pingat emas yang diraih boleh dikatakan pingat ‘ihsan’ menerusi acara regu yang tidak disertai Thailand, Myanmar dan Indonesia sekali gus

 Shaari gesa rombak kejurulati­han takraw

membuktika­n barisan pemain sepak takraw negara sudah kehilangan taring di rantau ini.

Ini terbukti apabila skuad kendalian Abdul Talib Ahmad tewas dalam semua empat acara - regu berpasukan, double berpasukan, quadrant dan double lelaki yang disertai Thailand, Myanmar dan Indonesia.

Pada masa sama, Shaari, 55, turut mencadangk­an nama tiga bekas pemain yang perlu dipertimba­ngkan PSM untuk menjadi jurulatih negara seperti Rehan Mat Din (perejam), Suhaimi Yusof (apit kiri) dan Nordin Sabarudin (tekong).

“Saya lihat mereka ini paling layak berdasarka­n pengalaman dan pengetahua­n mereka dalam sukan sepak takraw.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia