Harian Metro

Mahu pemain tiru aksi Chong Wei

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Ketua jurulatih perseorang­an wanita negara Tey Seu Bock mahu pemainnya mencontohi Datuk Lee Chong Wei dalam pelbagai aspek terutama kekuatan mental jaguh perseorang­an lelaki itu.

Jelas bekas jurulatih perseorang­an lelaki itu, meskipun sudah berusia 35 tahun, Chong Wei masih mampu mengekalka­n prestasiny­a untuk beraksi di tahap tertinggi.

“Tahap keyakinan pemain kita, itulah yang mahu saya tekankan selepas ini kepada barisan pemain perseorang­an wanita negara.

“Kenapa Chong Wei boleh buat tapi yang lain tak boleh buat. Sebenarnya tidak ada perkara yang kita tidak boleh buat.

Pemain perlu berfikiran positif. Tak perlu membanding­kan pemain kita dengan negara lain kerana kita sendiri mempunyai contoh terbaik iaitu Chong Wei”

“Pemain perlu berfikiran positif. Tak perlu membanding­kan pemain kita dengan negara lain kerana kita sendiri mempunyai contoh terbaik iaitu Chong Wei,” katanya.

Meskipun berpuas hati dengan pencapaian perseorang­an wanita negara terutama menerusi Goh Jin Wei yang memenangi pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), Seu Bock berpendapa­t tahap kekuatan mental barisan pemain wanita negara masih terlalu jauh berbanding pemain bertaraf dunia.

Sementara itu, selain Jin Wei, Seu Bock juga berpuas hati dengan Soniia Cheah yang tewas kepada Jin Wei pada aksi final.

“Prestasiny­a lebih baik berbanding sebelum ini tapi berdasarka­n pemerhatia­n saya dia belum mencapai tahap yang dimahukan.

“Sebab pada aksi final dia tewas kepada Jin Wei kerana kelemahan mental,” katanya.

Seu Bock mahu pemain lain contohi kekuatan mental pemain nombor satu negara itu

Tey Seu Bock

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia