Harian Metro

Idam berlari di Komanwel

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

 Khairul mahu bersaing di Gold Coast

“Saya berazam untuk layak bertanding pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, walaupun berdepan tugasan mencabar sebelum mampu mara ke temasya berprestij itu,” ujar pelari terpantas Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan.

Menurut pelari berusia 19 tahun itu, hasratnya hanya mahu layak beraksi terlebih dahulu sebelum menetapkan sebarang sasaran.

Katanya, perjalanan latihan dan persiapan diserahkan sepenuhnya kepada jurulatihn­ya Mohd Poad Kassim dan perancanga­n yang akan diberikan kepadanya untuk misi terbabit.

Dia sedar perlu lebih fokus kepada persiapan mental dan fizikal dan tidak lagi menoleh ke belakang untuk bersaing di pentas tertinggi.

“Saya difahamkan untuk layak secara merit perlu memecahkan rekod yang dicipta sebelum ini atau sekurangku­rangnya menyamai pencapaian itu.

“Apapun saya tidak akan memikirkan perkara lain dengan tumpuan terarah untuk menjalani latihan,” katanya pada majlis kesyukuran dan doa selamat di rumahnya semalam.

Turut hadir rakan sepasukan dalam kontinjen olahraga negara, Badrul Hisyam Manap, sanak saudara, rakan-rakan dan penduduk kampung serta kawasan kediamanny­a.

Menurutnya, majlis itu diadakan sebagai menghargai jasa dan sokongan semua pihak termasuk rakan sekolah dan ahli keluarga yang tidak putus-putus medoakan kejayaanny­a.

Khairul menamatkan kemarau 14 tahun negara memenangi pingat emas acara 100 meter dengan mengetepik­an juara edisi sebelumnya Eric Cray.

Bagaimanap­un, penyertaan­nya pada Sukan Komanwel atau Sukan Asia hanya terletak kepada keputusan jurulatih dan dia sentiasa akur atas segala perencanaa­n ke atasnya.

Dia berterimak­asih kepada jurulatih Poad dan semua yang terbabit dengan pembentuka­nnya sebagai atlet sambil menganggap tanpa mereka, dia tidak mampu melangkah sejauh itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia