Harian Metro

Bawa pulang hadiah unik

- Rosman Shamsudin sukan@hmetro.com.my

Slim River: Pasukan Ketua Polis Daerah Muallim muncul juara kejohanan bola sepak 9 Sebelah Piala Ketua Polis Daerah Muallim selepas menumpaska­n pasukan gabungan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Cawangan Khas (CK) 3-0 pada perlawanan akhir di padang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, baru-baru ini.

Lapan pasukan yang terdiri daripada pasukan balai, bahagian dan cawangan dari IPD Muallim mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsun­g kira-kira sebulan dan berakhir pada 25 Ogos lalu.

Pertanding­an itu diadakan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Bola Sepak Ketua Polis Perak selain mencungkil bakat serta mengerat hubungan anggota polis di daerah itu.

Kejohanan itu mencipta kelainan iaitu hasil idea kreatif Ketua Polis Daerah Muallim, Superinten­dan Wan Kamarul Azran Wan Yusuf yang turut menyediaka­n hadiah beras dan minyak masak kepada setiap pemain yang memenangi kejohanan itu.

Pada perlawanan akhir itu, dua gol pada separuh masa pertama sumbangan Koperal Muhammad Yazid Hamid selain gol pemain veteran Koperal Amsah Mohamad yang mewakili pasukan KPDM melenyapka­n impian pasukan gabungan JSJ/CK yang terpaksa berputih mata.

Kemenangan itu menyaksika­n pasukan juara memperoleh piala pusingan dan pingat serta 10kg beras bersama 5kg minyak masak sementara naib juara mendapat piala, pingat dan 10kg beras bersama 2kg minyak masak.

Tempat ketiga kejohanan itu disandang oleh pasukan Balai Polis Trolak selepas menumpaska­n pasukan Balai Polis Slim River menerusi sepakan penalti 5-4 juga memperoleh pingat dan 5kg beras serta 2kg minyak masak.

Manakala dalam ketegori hadiah khas pula pemain veteran terbaik disandang oleh Koperal Amsah, penjaga gol terbaik Koperal Zularman Zaionodin; pemain terbaik dan penjaring gol terbanyak, Koperal Muhammad Yazid serta pembawa sepanduk terbaik, Naima Rusli.

 ??  ?? PASUKAN Ketua Polis Daerah Muallim bergaya selepas muncul juara kejohanan 9 Sebelah Piala Ketua Polis Daerah Muallim.
PASUKAN Ketua Polis Daerah Muallim bergaya selepas muncul juara kejohanan 9 Sebelah Piala Ketua Polis Daerah Muallim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia