Harian Metro

Penantian 10 tahun sofbol MSSJ berakhir

- Norazimah Narudin sukan@hmetro.com.my

Johor Bahru: Selepas 10 tahun menunggu, pasukan perempuan 12 tahun Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) muncul johan pertanding­an sofbol pada kejohanan tenis dan sofbol Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) baru-baru ini.

Kejayaan itu sekali gus mencipta sejarah tersendiri bagi pasukan sofbol Johor perempuan 12 tahun yang dinobat sebagai johan dan lebih manis lagi empat pemain mereka juga dipilih sebagai pembaling terbaik dan pemukul terbaik bagi kategori lelaki dan perempuan B-12.

Jurulatih pasukan Khairil Amri Bakhari berkata, beliau teruja dan bersyukur apabila buat kali pertama pasukan yang dilatih dan dikendalik­annya sepanjang 10 tahun julung kalinya menjuarai kategori perempuan B-12.

“Kami mengadakan latihan pusat pasukan MSSJ kebiasaann­ya seminggu sebelum pertanding­an tapi pemain kami ini dipupuk dari sekolah sepanjang tahun bagi meningkatk­an kemahiran mereka,” katanya.

Menurutnya cabaran sepanjang pertanding­an amat hebat termasukla­h beberapa faktor seperti fokus dan semangat pemain dan juga keadaan bersediany­a pemain untuk kejohanan.

“Untuk menjaga fokus pemain kategori perempuan B-12 satu cabaran besar, tapi cabaran itu dapat diatasi apabila ada kerjasama dan komunikasi yang baik antara pegawai dan latihan secara klinikal untuk setiap pemain bagi meningkatk­an tahap serta prestasi pemain,” katanya.

Dalam kejohanan sofbol itu, MSS Selangor muncul naib juara manakala MSS Pahang ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia