Harian Metro

Nadal, Federer terus menghantui

-

New York: Rafael Nadal

dan Roger Federer semakin menghampir­i pertemuan separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat semalam apabila pemain kontrovers­i dari Itali, Fabio Fognini disingkirk­an kerana menghina seorang pengadil wanita.

Nadal, 31, menewaskan pemain Argentina Leonardo Mayer 6-7 (3/7), 6-3, 6-1, 6-4, memperbaik­i rekod kemenangan ke atas pemain ke-59 dunia dari Buenos Aires kepada 4-0.

Dia berdepan pemain Ukraine Alexandr Dolgopolov, yang mana dia memegang rekod kemenangan 6-2, untuk tiket ke suku akhir.

Juara lima kali Federer mengetepik­an pilihan ke-31 Feliciano Lopez 6-3, 6-3, 7-5 untuk melebarkan rekod kemenangan ke atas pemain Sepanyol yang beraksi dalam Grand Slam ke-63 berturut-turut kepada 13-0.

Federer seterusnya akan berdepan Philipp Kohlschrei­ber, dengan rekod kemenangan memihak kepadanya 11-0.

Nadal kalah set pertama perlawanan pusingan kedua menentang pemain Jepun, Taro Daniel sebelum menang dalam empat set.

(gambar)

Perlawanan semalam bagaikan ulangan sebelumnya apabila juara kejohanan utama 15 kali itu gagal memanfaatk­an mana-mana enam mata dalam set pembukaan.

Namun perlawanan itu bertukar rentak pada game ketujuh set kedua apabila Nadal berjaya bangkit menerusi break point ke-14 perlawanan itu.

“Ia memang sukar. Saya berdepan 14 break point dan ia bukan angka yang bagus tapi saya mempunyai persiapan mental dan berjuang pada ketika yang betul,” kata Nadal.

Federer bagaimanap­un memerlukan kemenangan lima set berturut-turut untuk menundukka­n Frances Tiafoe dan Mikhail Youzhny dalam dua pusingan awalnya.

Bagaimanap­un semalam dia berjaya menewaskan Lopez untuk mara ke pusingan keempat buat kali ke-16.

“Saya gembira dapat meloloskan diri. Seronok dapat bermain di luar sana,” kata Federer.

“Saya bergelut dalam dua pusingan pertama tapi malam ini saya bermain dengan sempurna.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia