Harian Metro

Ini melampau!

- AFP

Seorang ahli lembaga pengarah Barcelona mendakwa Liverpool menuntut bayaran 200 juta euro (RM1.01 bilion) terhadap pemain tengah Philippe Coutinho ketika kelab gergasi Catalunya itu terus mengkritik inflasi yang tidak terkawal dalam pasaran perpindaha­n pemain semalam.

Pengarah perhubunga­n institusi Barca, Albert Soler berkata, lembaga kelab itu yang kini teruk dikritik tidak akan meletakkan masa depan kelab itu dalam bahaya dengan mengikut tuntutan yang melampau itu.

“Liverpool meletak harga 200 juta euro terhadap pemain yang kami mahukan,” kata Soler ketika sidang media menerangka­n mengenai polisi pembelian Barca pada musim panas kali ini.

Liverpool sebaliknya dikatakan berang dengan dakwaan

(gambar)

itu dan dipetik menerusi laman web BBC sebagai berkata ‘ia tidak benar sama sekali.’

Barca menamatkan musim perpindaha­n pemain dengan mengaut sedikit keuntungan selepas menerima bayaran rekod dunia 222 juta euro (RM1.125 bilion) hasil penjualan Neymar ke Paris Saint-Germain.

Biarpun berbelanja lebih 190 juta euro (RM963.1 juta) untuk lima pemain, paling ketara 105 juta euro (RM532.1 juta) untuk pemain sayap Perancis, Ousmane Dembele, 20, Soler mendakwa Barca tidak boleh terikut-ikut dengan gaya pembelian kelab Liga Perdana Inggeris yang mewah dan PSG yang disokong syarikat Qatar.

“Kami tidak mahu warisan kelab ini terancam. Kelab ini mempunyai keanggotaa­n 150,000 ahli dan perlu diuruskan dengan teratur dan bertanggun­gjawab,” kata Soler.

“Kami tidak mahu terbabit dengan permainan pasaran pemain yang jauh tersasar.

“Lembaga ini tidak akan meletakkan risiko terhadap pasukan. UEFA dan Persatuan Kelab-kelab Eropah (ECA) perlu menilai dan membuat keputusan.”

UEFA mengumumka­n kelmarin PSG akan disiasat kerana kemungkina­n berlaku penyelewen­gan dalam peraturan kewangan (FFP) apabila mendapatka­n Kylian Mbappe dari Monaco selepas pembelian Neymar menerusi kontrak yang mungkin meningkat kepada 180 juta euro (RM912.3 juta).

 Soler kritik tindakan Liverpool tuntut bayaran 200 juta euro terhadap Coutinho

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia