Harian Metro

GOL ISCO, MORATA BENAM AZZURRI

- AFP

 Kekalahan pertama Itali dalam aksi kelayakan sejak 2006

Madrid

Sepanyol terus yakin pada aksi kelayakan ke Piala Dunia tahun depan apabila dua jaringan Isco dan ledakan Alvaro Morata lewat permainan mengetepik­an cabaran Itali 3-0 di Santiago Bernabeu, awal pagi semalam.

Isco tampil bintang dalam aksi hebat pasukan tuan rumah itu apabila sepakan percuma dan rembatan jarak jauh sebelum tamat babak pertama meletakkan Sepanyol di depan sebelum Morata yang turun sebagai pemain gantian menambah derita Itali.

“Isco menakjubka­n, seperti juga rakan sepasukann­ya yang lain,” kata jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui.

“Dia meletakkan kami di depan dengan dua jaringanny­a.”

Kekalahan pertama Itali dalam kelayakan sejak 2006 bermakna Sepanyol kini mendahului Kumpulan G pada kelayakan itu dengan kelebihan tiga mata dengan berbaki tiga perlawanan, juga mempunyai kelebihan jaringan gol yang besar.

Skuad Azzurri kini berdepan dua aksi playoff yang lebih mencabar pada November untuk menempah tiket mereka ke Russia.

“Kami pernah melihat dalam perlawanan yang mana wujud perbezaan besar dari segi kualiti dan fizikal kedua-dua pasukan,” kata jurulatih Itali, Giampiero Ventura.

“Matlamat kami adalah bekerja keras untuk layak ke Piala Dunia dan tampil kompetitif pada Piala Dunia.”

Lopetegui memilih memulakan permainan tanpa penyerang yang dikenali apabila pemain Real Madrid, Marco Asensio membuat penampilan sulung kompetitif sebagai salah seorang daripada enam pemain tengah.

Asensio yang menjaringk­an gol pada penampilan sulungnya bersama Real, banyak terbabit ketika jaringan awal biarpun rakan sepasukann­ya Isco menyudahka­n gerakan pada minit ke-14.

Leonardo

Bonucci bertuah kerana hanya dilayangka­n kad kuning selepas menjatuhka­n Asensio.

Isco memanfaatk­an sepakan percuma melepasi benteng pertahanan dan penjaga gol legenda Gianluigi Buffon, yang bergerak terlalu lambat.

Lima minit sebelum rehat, Isco merembat dengan kaki kirinya dan gagal diselamatk­an Buffon.

Gol ketiga Sepanyol hadir 13 minit sebelum tamat apabila Sergio Ramos bergerak dari pertahanan untuk mengemudi serangan balas dan hantaran leretnya dimanfaatk­an Morata yang terus menggegar gawang.

 ??  ?? MORATA (kiri) jaring gol ketiga Sepanyol. ISCO (tengah) jaring dua gol buat Sepanyol.
ISCO
MORATA (kiri) jaring gol ketiga Sepanyol. ISCO (tengah) jaring dua gol buat Sepanyol. ISCO
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia