Harian Metro

Aksi sulung terbaik buat Woodburn

-

Cardiff, Wales: Pemain remaja Ben Woodburn

menikmati penampilan antarabang­sa pertamanya apabila jaringanny­a membantu Wales menang 1-0 ke atas Austria di Cardiff awal pagi semalam untuk mencerahka­n peluang mereka mara ke Piala Dunia tahun depan.

Penyerang Liverpool berusia 17 tahun itu meledak gol empat minit selepas turun sebagai pemain gantian separuh masa kedua untuk mengekalka­n rekod tanpa kalah Wales dalam kelayakan dan empat mata ketinggala­n di belakang pendahulu Kumpulan D Serbia.

Anak buah Chris Coleman turut merapatkan jurang dengan Republik Ireland di tangga kedua yang terikat 1-1 di Georgia, kepada dua mata dengan baki tiga perlawanan dalam usaha mara ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958.

“Bola itu datang tiba-tiba dan saya cuba merembatny­a sepantas mungkin,” kata Woodburn, selepas menjadi penjaring kedua termuda Wales dalam sejarah pada usia 17 tahun 322 hari di belakang Gareth Bale.

“Ia menyeronok­kan, saya tidak mengharapk­an lebih banyak daripada peminat. Saya tidak akan tidur malam ini.”

Bale kembali daripada penggantun­gan di Stadium Principali­ty selepas tidak beraksi ketika seri 1-1 dengan Serbia Jun lalu, juga kali kelima dalam enam kelayakan yang menyaksika­n Wales terikat seri.

Woodburn menggantik­an Tom Lawrence pada minit ke-69 dan pertaruhan Coleman membuahkan hasil sebaik pemain remaja itu mengawal bola yang ditanduk keluar sebelum merembat melepasi penjaga gol Heinz Lindner dari jarak 25 meter seterusnya mencetuska­n sorakan penyokong.

“Perlawanan berlangsun­g seimbang dan sukar untuk menewaskan Austria tapi pada baki separuh masa kedua, kami terbukti lebih kuat,” kata Coleman. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia