Harian Metro

TAK BOLEH LEKA LAYAN HONG KONG

- Ooi Kin Fai nstsport@nst.com.my

 Shahrom mahu rakan baiki kesilapan bolos gol pada saat akhir perlawanan

Melaka

Kempen Malaysia dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 akan diteruskan apabila bertemu Hong Kong pada perlawanan di Stadium Hang Jebat malam esok.

Pada perlawanan pertama Kumpulan B, kekalahan 1-2 kepada Lubnan Jun lalu jelas memberi tamparan kepada harapan Malaysia untuk meraih tempat pada pusingan akhir di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Harimau Malaya cuba untuk bangkit tetapi dua kekalahan berturut-turut pada perlawanan persahabat­an bulan lalu iaitu di tangan Syria dan Myanmar dilihat semakin menambah tekanan dalam kem negara menjelang perlawanan kedua peringkat kumpulan itu.

Bolos pada lewat permainan pada ketiga-tiga perlawanan sepanjang di bawah bimbingan Nelo Vingada adalah masalah utama yang perlu diatasi apabila bertemu Hong Kong esok.

Sebagai salah seorang pertahanan berpengala­man, tugas getir Shahrom Kalam adalah untuk memastikan dia serta rakan sepasukan sentiasa fokus sepanjang perlawanan bertemu Hong Kong.

“Sebagai pemain kebangsaan, kami perlu lebih fokus dan mengekalka­n tumpuan sepanjang 90 minit permainan.

“Sebelum ini banyak jaringan yang kami bolos adalah ketika lewat permainan terutama pada 10 minit terakhir,” kata Shahrom ketika ditemui selepas sesi latihan semalam.

Shahrom bagaimanap­un kekal tenang dan percaya Vingada adalah individu yang tepat untuk menggalas tugas selaku jurulatih kerana pengendali dari Portugal itu berjaya memperbaik­i beberapa perkara dalam pasukan dan secara individu.

Jelas Shahrom yang juga kapten Perak di saingan Liga Super, dia percaya setiap pemain cukup bermotivas­i untuk mempamerka­n aksi terbaik apabila bertemu Hong Kong bukan saja untuk peminat tetapi juga untuk jurulatih.

“Bagi kami, kami tetap bersikap positif. Walaupun kami tewas ketika bertemu Lubnan dan Syria, keyakinan kami semakin bertambah.

“Setiap pemain nampak sudah selesa menguasai bola dan prestasi kami semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Jurulatih sudah memberikan yang terbaik dan masih banyak perkara yang kami perlu perbaiki. Kami mahu menang apabila bertemu Hong Kong untuk Vingada,” katanya.

Lubnan ketika ini menduduki tangga teratas Kumpulan B dengan enam mata hasil dua kemenangan. Korea Utara dan Hong Kong terikat dengan satu mata sementara Malaysia menduduki tangga tercorot.

 ??  ?? SKUAD Harimau Malaya menjalani latihan fizikal di Stadium Hang Jebat. SHAHROM (no 5) mahu rakan fokus sepanjang perlawanan menentang Hong Kong.
SKUAD Harimau Malaya menjalani latihan fizikal di Stadium Hang Jebat. SHAHROM (no 5) mahu rakan fokus sepanjang perlawanan menentang Hong Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia