Harian Metro

Shahrel tekad beraksi cemerlang

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Penyerang muda kebangsaan Shahrel Fikri Fauzzi mengakui gugup pada penampilan keduanya bersama skuad kebangsaan menjelang aksi Kelayakan Piala Asia berdepan Hong Hong di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam esok.

Menurut pemain berusia 23 tahun itu, dia antara dua pemain baru dalam skuad itu bagaimanap­un menganggap kegugupan perkara biasa sebagai pemain baru namun yakin mampu menangani situasi itu jika diberi tugasan penting malam esok.

Katanya, beraksi bersama PKNP FC juga bukan halangan untuknya membantu kecemerlan­gan pasukan negara bertemu Hong Kong selepas mula memperoleh keserasian bersama rakan sepasukan sepanjang lebih kira-kira tiga minggu bersama.

“Penampilan sulung bersama Harimau Malaya selepas beraksi berdepan Syria di gelanggang sama sebelum ini satu azimat berharga buat saya untuk memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu jika diturunkan oleh jurulatih Nelo Vingada.

“Kini kami bersedia berjuang sepenuhnya untuk meraih kejayaan di gelanggang sendiri sekali gus menghidupk­an peluang untuk mara ke Piala Asia,” katanya.

Menurutnya, pengalaman berdepan pasukan Timur Tengah (Syria) yang memiliki saiz dan fizikal sedikit berbeza dan taktikal yang mantap namun tewas 1-2 adalah persiapan yang positif buat pasukan negara.

Sesi latihan skuad Harimau Malaya dikendalik­an Vingada petang semalam di Stadium Hang Jebat kira-kira satu jam sebagai antara sesi pemanas badan menjelang saingan itu.

Sebelum ini, skuad negara tewas 1-2 pada perlawanan pertama kelayakan Piala Asia berdepan Lubnan di Johor Bahru.

Sementara itu, pemain berpengala­man Baddrol Bakhtiar berkata, dia menganggap saingan begitu penting dalam menentukan kemenangan sambil tidak mengira siapa saja yang diturunkan dengan mengharapk­an pemain menampilka­n aksi 100 peratus sepanjang 90 minit perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia