Harian Metro

Skuad B-19 perlu banyak pendedahan luar

- Syafiq Aznan sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Skuad bawah 19 tahun (B-19) perlu mengharung­i lebih banyak perlawanan bertaraf antarabang­sa sebagai pendedahan dalam usaha mematangka­n lagi mutu permainan mereka.

Situasi itu diakui pembantu jurulatih skuad B-19, Hairuddin Omar yang menyifatka­n pemain skuad B-19 memiliki kualiti untuk menjadi pemain yang baik namun kekurangan pendedahan di peringkat antarabang­sa menjadi kelemahan terbesar buat mereka pada masa ini.

“Selepas mengharung­i sesi latihan bersama mereka, kami mendapati hampir separuh pemain tidak pernah terdedah dengan perlawanan di tahap yang tinggi. Sedangkan mereka sebenarnya ada kepantasan dan juga kemahiran yang baik.

“Cuma kurangnya pendedahan menyebabka­n kurangnya pengetahua­n seperti bila hendak menyerang dan bila hendak memperlaha­nkan tempo permainan. Perkara sebegini penting dalam bola sepak dan kita harus praktikkan­nya setiap hari supaya menjadi kebiasaan kepada pemain.

“Jadi, saya mengharapk­an Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat memberi ruang kepada skuad B-19 dari segi pendedahan kepada pasukan beraksi di luar negara kerana hanya ini saja cara jika kita mahu melihat mereka mampu memberi saingan di peringkat antarabang­sa,” katanya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Skuad B-19 akan menghadapi Kejuaraan Bawah 18 tahun (B-18) Persekutua­n Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2017 di Yangon yang menyaksika­n mereka membuka kempen bertemu Laos, esok dan bertemu Singapura pada Rabu serta Timor Leste (Jumaat) sebelum menentang Kemboja (10 September) dan menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Thailand (12 September).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia