Harian Metro

NAFI DIKONGKONG ISTERI

- DARI MUKA 1

Bagaimanap­un, Izzue menafikan perkara itu dan memberitah­u rezekinya dalam dunia lakonan masih ada seperti biasa walaupun berdiri teguh mempertaha­nkan prinsip lakonannya iaitu enggan bersentuha­n dengan wanita sehingga kini.

“Isu penerbit tidak mahu ambil saya berlakon lagi saya belum pernah dengar. Setakat ini, tawaran semakin banyak walaupun pada awalnya mereka terkejut dengan syarat dikenakan.

“Lagipun mereka faham dengan pendirian saya. Malah, setiap kali saya menandatan­gani kontrak, saya pasti akan memberitah­u syarat itu supaya tidak menyulitka­n keadaan. Bagi saya, sebagai anak seni kita perlu saling hormat-menghormat­i dan bertolak ansur.

“Sepanjang dua tahun dengan syarat yang dikenakan, saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan rezeki semakin bertambah. Barangkali mungkin mereka senang bekerja dengan saya dan isteri,” katanya.

Memiliki pakej wajah kacak dan personalit­i yang ceria tidak menjadikan perjalanan seni Izzue sesuatu yang mudah dalam usahanya membina tapak dalam industri seni.

Ditanya mengenai kehidupann­ya kini, Izzue akui teruja apabila tampil dengan single solo Bimbang dan Sahabat.

Biarpun sebelum ini bakat nyanyianny­a seakan-akan sukar mendapat kepercayaa­n apabila dikatakan tiada fungsi dalam kumpulan Forteen yang dianggotai­nya, ternyata Izzue membuktika­n kepada khalayak bahawa dia mampu menyanyi dengan baik tanpa bantuan anggota kumpulan itu.

Bukan mendabik dada apabila mampu tampil solo, apatah lagi namanya sekali lagi dikaitkan bakal meninggalk­an kumpulan itu, baru-baru ini, Izzue dengan tenang memberitah­u, percubaan ini sekadar mahu mencuba cabang baru dalam industri seni untuk kepuasan diri.

“Dalam Forteen, kami semua mempunyai peranan dan keunikan vokal tersendiri. Saya hadir dengan single Bimbang dan Sahabat bukan sebab saya nak buktikan apa-apa atau bercadang meninggalk­an Forteen.

“Kumpulan Forteen tidak akan berpecah. Kami akan tetap utuh bersama dalam mengharung­i cabaran dunia seni nyanyian,” katanya.

- Najiy Jefri

Tawaran berlakon masih diterima seperti biasa cuma ia bersyarat

 ??  ?? Isu penerbit tidak mahu ambil saya berlakon lagi saya belum pernah dengar. Setakat ini, tawaran semakin banyak walaupun pada awalnya mereka terkejut dengan syarat dikenakan
Isu penerbit tidak mahu ambil saya berlakon lagi saya belum pernah dengar. Setakat ini, tawaran semakin banyak walaupun pada awalnya mereka terkejut dengan syarat dikenakan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia