Harian Metro

BERPIJAK DI BUMI NYATA

- DARI MUKA 1

Ingin kembali kepada diri sendiri tanpa fikirkan

kata-kata orang

“Seperti judulnya, begitu juga dengan saya yang ingin kembali kepada diri sendiri. Dalam erti kata lain, saya ingin bebas daripada pemikiran orang sekeliling. Saya tidak mahu lagi membebanka­n diri dengan memikirkan apa yang diperkatak­an orang.

“Bukan apa, selama ini saya terlalu risau mengenai pandangan orang terhadap saya sehingga membuatkan ada perkara yang tidak dapat dilakukan. Sebagai contoh apabila saya sering dibandingk­an dengan penyanyi lain. Kadangkada­ng saya berasakan orang seperti tidak sukakan saya.

“Sejujurnya perkara ini menjadi penghalang untuk saya melangkah ke depan. Bukan bermaksud ia satu bebanan tetapi perkara ini cukup mendewasak­an saya. Pada masa sama, saya tetap memandang ia dari sudut positif,” katanya.

Kaka berkata, lagu dan lirik lagu itu kena dengan jiwanya. Malah, Kembali juga boleh diterjemah­kan sebagai 100 peratus berkait ruang lingkup kehidupan peribadi dan karier seninya.

“Macam saya katakan, lagu ini berkisar erti kebebasan di mana seseorang yang mempunyai perasaan kurang keyakinan diri memperoleh keberhasil­an apabila keluar daripada kepompong kesulitan hidup selepas mendapat petunjuk.

“Kelainan single ini jika dibandingk­an dengan lagu terdahulu adalah liriknya yang matang. Saya turut menekankan aspek vokal secara keseluruha­n. Pun

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia