Harian Metro

Fattah jaga penampilan

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Luangkan masa ke spa supaya diri bersih dan kemas

Sejak namanya kian popular, pelakon Fattah Amin sentiasa menjadi perhatian peminat.

Bintang drama bersiri

Hero Seorang Cinderella ini memberitah­u, peminat bukan saja memerhati setiap gerak-geri tetapi juga penampilan­nya.

“Ada peminat memerhati saya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Kadang-kadang, mereka akan menegur kalau berasakan kuku dan rambut saya panjang,” katanya selepas pelancaran satu produk kecantikan, baru-baru ini.

Menurut pelakon itu, dia tidak kisah peminat menegur penampilan­nya kerana menganggap ia perkara baik.

“Sebagai selebriti, penampilan sangat penting. Menyedari diri sentiasa diperhatik­an peminat, saya selalu buat rawatan kuku dan ke spa supaya nampak bersih serta kemas.

“Setiap bulan, saya pasti mengunjung­i salun jika ada kelapangan,” katanya.

Kata Fattah, setiap hari dia turut meluangkan masa menggunaka­n produk penjagaan rambut dan kulit.

“Produk digunakan seperti pencuci muka, pelembap kulit dan mengambil makanan tambahan.

“Lagipun, saya tidak boleh kerap terdedah kepada sinaran matahari kerana cepat terkena selaran matahari dan ini boleh menjejaska­n tona kulit,” katanya.

Bercerita mengenai perkembang­an kariernya, Fattah bakal melancarka­n single baru berjudul 1,2,3 4U pada Oktober ini.

“Menerusi single ini, saya berduet dengan seorang penyanyi kanak-kanak. Siapa orangnya, saya hanya akan dedahkan pada hari pelancaran kelak,” katanya.

Disebabkan terlalu sibuk dengan penggambar­an, sukar untuk Fattah fokus terhadap karier nyanyian.

“Selepas tamat penggambar­an drama Coffee Prince, saya mahu berehat sementara untuk memberi fokus kepada kerja lain,” katanya.

Menurut pelakon ini, dia akan mengembang­kan perniagaan selain menghadiri kelas vokal pada tahun hadapan.

“Ada banyak perkara saya mahu lakukan selepas ini. Saya juga perlu fokus menyelesai­kan pengajian di Universiti Utara Malaysia,” katanya.

Ada peminat memerhati saya dari hujung rambut

hingga ke hujung kaki. Kadang-kadang, mereka akan menegur kalau berasakan kuku dan rambut saya

panjang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia