Harian Metro

DANIAL TERINGIN BERLAKON

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Tidak mahu terikat sebagai pelawak dan penyampai radio semata-mata

Teringin melebarkan karier seni dalam lakonan, bekas juara program realiti Lawak Solo, Danial Zaini, 24, akui terikat dengan kerjaya sebagai penyampai radio menyebabka­n produksi takut mengambiln­ya berlakon.

Menurut pemilik nama penuh Mohamad Danial Mohd Zaini ini, ramai yang salah anggap apabila bertugas dengan stesen radio bermaksud dia tidak boleh berlakon.

Namun hakikatnya, dia hanya berada di konti dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari saja setiap hari.

“Melihat rakan pelawak lain berlakon, saya juga teringin menjadi seperti mereka. Tetapi apabila sudah menjadi penyampai radio, ramai yang bimbang saya tidak boleh memberi komitmen.

“Jika diikutkan, saya tidak bertugas di konti sepanjang hari. Selepas habis bersiaran, saya sudah boleh melakukan kerja lain,” katanya.

Meskipun kecewa terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon filem dan drama sebelum ini, Danial berharap dia terus diberi peluang berlakon selepas ini.

“Disebabkan mahu membuktika­n saya boleh melakukan kerja lain, selesai di konti saya ada melakukan program travelog makanmakan di laman YouTube.

“Apa yang saya lakukan juga bagi mengembang­kan karier seni dan tidak hanya menjadi pelawak sematamata,” katanya.

Dalam pada itu, Danial turut menjadi salah seorang peserta program Super Spontan Superstar 2017.

Dia menganggot­ai kumpulan Tenggiling Taiko dalam program berkenaan dan selain Danial, kumpulan itu turut disertai barisan selebriti seperti Achey, Rahim, Sharif Zero, Danial, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Sharifah Shahira dan Ozlynn.

Mengulas pembabitan­nya, Danial berkata, sebagai orang baru dan pertama kali menyertai program itu, dia tidak mahu meletakkan sebarang harapan.

“Saya anggap menyertai program ini sebagai mengutip pengalaman. Kalah menang soal kedua, yang penting saya dapat menimba ilmu daripada mereka yang hebat.

“Lagipun program ‘game show’ seperti ini tidak terlalu memberi tekanan sangat seperti menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM).

“Walaupun ia satu pertanding­an, sebagai orang baru, saya hanya memikirkan untuk belajar saja,” katanya.

 ??  ?? Melihat rakan pelawak lain berlakon, saya juga teringin menjadi seperti mereka. Tetapi apabila sudah menjadi penyampai radio, ramai yang bimbang saya tidak boleh memberi komitmen
Melihat rakan pelawak lain berlakon, saya juga teringin menjadi seperti mereka. Tetapi apabila sudah menjadi penyampai radio, ramai yang bimbang saya tidak boleh memberi komitmen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia