Harian Metro

Pelakon termahal

- Susunan Norhadiani Baharom yanie@mediaprima.com.my

Aktor bertubuh sasa, Mark Wahlberg diumumkan sebagai pelakon dengan bayaran tertinggi di dunia.

Pendedahan itu dilakukan majalah Forbes, baru-baru ini melalui satu kajian senarai pendapatan selebriti Hollywood yang memperoleh bayaran paling mahal.

Menerusi senarai yang disebutkan, Wahlberg, 46, memperoleh pendapatan kira-kira AS$68 juta (RM291 juta) selepas membintang­i filem Daddy’s Home 2 dan Transforme­rs: The Last Knight.

Pelakon dengan senyuman manis yang juga bintang gusti, Dwayne Johnson pula menduduki tangga kedua dengan nilai pendapatan sebanyak AS$65 juta (RM278 juta).

Antara filem yang dibintangi pelakon versatil terkenal dengan panggilan The Rock itu ialah Baywatch dan Jumanji.

“Saya jauh lebih baik daripada sesiapa di muka bumi ini dan mempunyai senyuman yang manis,” kata The Rock kepada Forbes.

Dalam pada itu, pelakon yang memegang watak Dom dalam francais The Fast and The Furious, Vin Diesel berada di kedudukan ketiga apabila memperoleh pendapatan sebanyak AS$54.5 juta (RM233 juta) selepas membintang­i beberapa filem pecah panggung seperti xXx: The Return of Xander Cage dan Guardians of the Galaxy Vol. 2.

Merapati kedudukan Vin Diesel adalah pelakon komedi terkemuka,

Adam Sandler di tempat keempat apabila menjana pendapatan AS$50.5 juta (RM216 juta) selepas menerima bayaran lumayan hasil kerjasaman­ya dengan Netflix.

Bintang filem aksi, Jackie Chan pula menduduki tempat kelima selepas memperoleh pendapatan sebanyak AS$49 juta (RM209 juta) berikutan pembabitan­nya dalam beberapa filem di China.

Mark Wahlberg di tempat pertama dengan pendapatan RM291 juta

 ??  ?? MARK WAHLBERG
MARK WAHLBERG
 ??  ?? VIN DIESEL
VIN DIESEL
 ??  ?? ADAM SANDLER
ADAM SANDLER
 ??  ?? JACKIE CHAN
JACKIE CHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia