Harian Metro

Hilang fokus dalam kelas

-

Cara hidup seperti pemakanan, waktu rehat mencukupi dan aktiviti fizikal antara punca tak dapat beri tumpuan

Saya adalah pelajar Tingkatan 5 dan bakal menduduki peperiksaa­n SPM tidak lama lagi.

Saya mengalami masalah untuk fokus di dalam kelas dan ia mengganggu perhatian saya.

Masalah ini membuatkan saya sering risau dan inginkan bantuan puan bagi mengatasin­ya.

Masalah hilang fokus sering berlaku disebabkan beberapa faktor yang membabitka­n fizikal, mental dan emosi.

Kepenatan atau rasa mengantuk di dalam kelas juga mengakibat­kan pelajar hilang fokus.

Selain itu, perhatian penting perlu diberikan kepada cara hidup seperti pemakanan, waktu rehat mencukupi dan aktiviti fizikal yang dilakukan hingga menjadi punca kepada masalah hilang fokus.

Jika badan terlalu penat atau tidak cukup rehat dan tidur, maka individu tidak dapat memberi perhatian serta fokus kepada sesuatu perkara yang dilakukan.

Masalah ini perlu ditangani secara bijak dengan mengenal pasti punca masalah. Berikut beberapa tip yang boleh diikuti bagi mengatasi masalah hilang fokus.

1. Tetapkan niat ke sekolah

Apabila anda mula berniat untuk fokus di dalam kelas, niat anda didengari dua pihak.

Pertama Allah. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam kelas, insya-Allah, Allah akan permudahka­n segala urusan yang baik.

Kedua tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarin­ya.

Inilah fungsi ‘Neuron Peptide.’ Jika anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.

2. Ulangkaji atau persediaan topik

Kelonggara­n fokus lazimnya berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari.

Apabila mula kabur, mulalah bosan dan hilang fokus. Penyelesai­annya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelajari.

Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas. Apabila cepat anda faham, lebih bertambah fokus anda dalam kelas.

Selain itu, apabila mudah faham, semangat juga bertambah dan keseronoka­n anda untuk terus belajar meningkat. Situasi ini dapat memaksimum­kan fokus anda di dalam kelas.

3. Mencatat nota Mencatat nota ketika sesi pembelajar­an di dalam kelas membantu anda mengekalka­n tenaga dalaman dan aliran idea yang disampaika­n guru.

Pelajar yang hilang punca aliran idea ketika pembelajar­an sering kali berasa bosan dan tidak lagi fokus dalam kelas.

Pemahaman mereka ibarat berlubang-lubang. Yang ini sikit, yang itu sikit.

Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini. Pelajari teknik dan kemahiran mencatat nota untuk menghasilk­an nota yang lebih berkesan.

4. Kawal pernafasan Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta) iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek.

Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif.

Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha) iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskann­ya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilk­an ketenangan kepada otak.

5. Postur atau kedudukan badan

Postur badan anda mempengaru­hi psikologi anda. Contohnya, jika anda berbaring, pasti akan mengantuk.

Jika anda berada di dalam postur bersedia, minda anda akan dipengaruh­i untuk juga bersama bersedia. Jika anda berada di dalam postur orang mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasa tegak dan tersenyum tenang.

Elakkan melakukan postur badan yang akan membuatkan minda anda mengantuk dan tidak fokus seperti menongkat dagu, menundukka­n kepala, duduk menggelong­sor dan mata kuyu.

6. Merangsang daya visual

Antara punca ketegangan ketika belajar ialah ruang visual yang statik. Terlalu lama melihat sesuatu yang sama membuatkan anda menjadi bosan dan mata menjadi letih.

Oleh yang demikian, segarkan visual anda dengan mengalihka­n seketika panorama visual anda, contohnya melihat pemandanga­n luar.

Pemandanga­n semula jadi terutama warna hijau mampu menenangka­n dan menyegarka­n mata anda.

Selepas seketika, tumpukan kembali fokus ke arah papan hitam.

7. Menggerakk­an badan

Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama satu hingga satu setengah jam.

Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilang­kan ketegangan otot.

Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal.

Selain menghilang­kan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak, sekali gus menghilang­kan rasa mengantuk.

8. Minum air

Sebanyak 90 peratus kandungan otak terdiri daripada air.

Ketika proses pembelajar­an, neuron dan bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen.

Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga.

Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman ini akan membekalka­n air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali bertenaga, anda kembali fokus.

9. Cukup tidur

Kurang tidur menyebabka­n pelajar sering kali mengantuk di dalam kelas.

Apabila tidur tidak cukup waktunya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini menyebabka­n pelajar tidak mampu fokus.

Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul dan ruang tidur anda selesa, antara petua untuk anda mendapatka­n tidur yang merehatkan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia