Harian Metro

Manfaat projek vortex hidro

-

Terletak 25 kilometer (km) dari jalan utama Ringlet, keperitan hidup Orang Asli di kampung itu mendapat perhatian daripada penyelidik UTM untuk melaksanak­an penjanaan kuasa hidroelekt­rik ke penempatan mereka.

Projek dikenali Intergrasi Vortex Hidro dan Aktiviti Ekonomi Masyarakat Orang Asli berupaya membekalka­n kira-kira 5 kilowatt (kW) kuasa hidroelekt­rik dari sungai berdekatan untuk dinikmati 40 rumah keluarga.

Ketua Projek, Pico Hidro Elektrik Pos Lemoi Cameron Highlands, Profesor Dr Asan Ali Golam Hassan berkata, projek mesra alam sekitar itu yang dimulakan pada November tahun lalu bakal dinikmati masyarakat

Orang Asli, awal Oktober ini.

Katanya, teknologi vortex digunakan kerana kos yang rendah, tidak mencemarka­n alam sekitar, mudah untuk diselengga­ra dan tanpa kos.

Menurutnya, bagi tujuan itu, sebuah empangan dibina bagi menyalurka­n air ke dalam saluran yang dibina bagi memasuki basin khas untuk memutarkan turbin yang boleh menjana tenaga elektrik 24 jam sehari.

Katanya, program Integrasi Vortex Hidro dan Aktiviti Ekonomi Masyarakat Orang Asli adalah inisiatif kerjasama UTM di bawah Program Transforma­si Luar Bandar, Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Ke-4.

Katanya, kerja pembinaan vortex hidro sudah mencapai 90 peratus dan bakal disempurna­kan penghujung bulan ini melalui pendawaian elektrik dan memasang turbin hidro.

Katanya, melalui peruntukan RM92,850 daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementeria­n Pendidikan Tinggi itu, vortex hidro akan disalurkan sejauh 350 meter ke kampung itu.

Jelas beliau, projek itu adalah sebahagian daripada tanggungja­wab sosial UTM yang dilaksanak­an secara kerjasama dengan lain-lain agensi Kerajaan Pusat, negeri dan badan bukan kerajaan.

“Program ini adalah projek komuniti yang memberi penekanan kepada faktor alam sekitar, ekonomi, sosial, teknologi dan pendidikan.

Malah turut membabitka­n pemindahan teknologi berasaskan kesukarela­wan berimpak tinggi, mapan dan dapatan hasil yang segera dengan kos yang murah.

“Ia juga adalah projek vortex hidro pertama di perkampung­an Orang Asli di Malaysia yang mesra alam sekitar,” katanya.

Projek itu membabitka­n seramai 21 penyelidik dari Pusat jaringan Komuniti dan Industri serta Internatio­nal Business School dengan kerjasama Fakulti Kejurutera­an Awam dan Pusat Kursus Umum dan Kokurikulu­m UTM turut disertai penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sementara itu, seramai 70 sukarelawa­n dan penduduk tempatan berada di Kampung Pos Lemoi bagi membantu dalam kerja memasang vortex hidro dan pendawaian elektrik yang dilaksanak­an Julai lalu.

Dr Asan Ali berkata, tiga lawatan kerja diadakan di Pos Lemoi bagi mendapatka­n profil sungai, kampung dan lokasi projek.

“Sumber air utama ialah dari sungai berdekatan. Melalui kajian profil sungai ke atas kederasan air, keupayaan tenaga hidro elektrik yang terhasil dianggarka­n 5 kW termasuk pada musim kemarau.

“Elektrik yang bakal disalurkan adalah 24 jam dan Orang Asli bakal menikmatin­ya dengan selesa,” katanya.

Jelasnya lagi, projek itu akan membabitka­n dua fasa, fasa pertama ialah membangunk­an vortex hidro bagi menyediaka­n kemudahan elektrik untuk dewan, pusat komuniti, klinik, surau, rumah tok batin dan lampu jalan.

Sementara fasa kedua

 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia