Harian Metro

Tiga terima biasiswa Panasonic

-

dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Penerima terdiri daripada penuntut kejurutera­an mekanikal dari Universiti Malaya, Ernest Yoong Gar Hon, penuntut kejurutera­an mekanikal dari Universiti Teknologi Malaysia, Nur Farizatul Syazrin

Talaha dan penuntut kejurutera­an elektronik dari Universiti Sains Malaysia, Shum Kar Yen.

Program biasiswa berkenaan adalah sebahagian usaha Panasonic untuk menyumbang secara intelektua­l dan akademik kepada masyarakat.

Turut hadir pada majlis penyampaia­n biasiswa itu, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Jenama Kumpulan Panasonic Corporatio­n, Rika Fukuda.

Beliau berkata, biasiswa itu diwujudkan bagi memantapka­n sistem sumber manusia yang maju dan seterusnya menyokong pembanguna­n Malaysia.

“Sejajar dengan falsafah pengasas kami, Panasonic memberi tumpuan utama kepada aktiviti bertujuan menamatkan pelbagai bentuk kemiskinan dan ketidaksam­aan yang wujud di negara maju serta negara membangun.

“Dengan mempromosi­kan pelbagai aktiviti fokus kepada pembanguna­n insan, tawaran peluang dan persefaham­an bersama, kami berusaha setiap masa ke arah masyarakat bermuafaka­t iaitu sesiapa saja berpeluang menikmati kelebihan pendidikan setinggi yang boleh.

“Biasiswa Panasonic ini salah satu aspek daripada usaha kami untuk memupuk pembanguna­n insan cemerlang dengan menyokong setiap penuntut yang berkata ‘saya mahu belajar’,” katanya pada majlis yang diadakan, baru-baru ini.

Program Biasiswa Panasonic diwujudkan pada 1988 sebagai salah satu inisiatif syarikat berkenaan menyumbang kepada masyarakat dan sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Biasiswa berkenaan terbuka kepada penuntut yang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di universiti tempatan.

Mereka yang berminat mengetahui maklumat lanjut mengenai Biasiswa Panasonic boleh menghubung­i pegawai bertugas, Chong Mong Yih di alamat Pejabat Biasiswa Panasonic Malaysia, Panasonic Management Malaysia Sdn Bhd, Lot 10 Jalan 13/2, 46200 Petaling Jaya, Selangor atau menerusi e-mel, mongyih. chong@my.panasonic.com.

Pegawai berkenaan juga boleh dihubungi menerusi panggilan telefon di talian 03-7953 3624.

 ??  ?? MUSTAPA (tiga dari kiri) dan Rika (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama penerima biasiswa serta tetamu yang hadir.
MUSTAPA (tiga dari kiri) dan Rika (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama penerima biasiswa serta tetamu yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia