Harian Metro

TUAH FESYEN FOTOGRAFI Gen.Y

- Hazril Md Nor Gen.y@hmetro.com.my NOOR AZAM AB AZIZ

Kemudahan media sosial memberi ruang kepada anak muda menjadi lebih kreatif dan berdaya saing.

Bagi peminat fesyen fotografi, pastinya anda mengenali nama Jessica Kobeissi yang mempunyai akaun YouTube dengan jumlah pengikut seramai 390,000 orang.

Jessica mempunyai aura tersendiri, membantu jurukamera amatur untuk merakam gambar potret dengan lebih cantik selain dikenali kerana karakterny­a yang kuat berjenaka.

Mengimbas kembali awal pembabitan­nya dalam fotografi, gadis kelahiran

Lubnan ini pernah melukis komik, mengarang cerita dan mempelajar­i teknik seni reka grafik.

Ketika berusia 13 tahun, dia pernah belajar membuat rekaan sendiri dan meneruskan bakatnya di kolej seni dalam bidang seni reka grafik.

“Saya pernah mengambil subjek fotografi pada tahun pertama namun tidak menyukainy­a. Bosan mendengar pensyarah menerangka­n apa itu ISO, apertur dan hanya menunggu kelas tamat awal.

“Saya tak pernah faham keindahan dunia fotografi sehinggala­h tiba tahun junior apabila saya membeli kamera untuk cuba mengambil gambar dan pada ketika itu ia berjaya

Jessica Kobeissi jana pendapatan di YouTube dengan

jumlah pengikut lebih 390,000

mencuri minat saya,” katanya.

Menurutnya, minat dalam fesyen fotografi bermula apabila dia belajar ‘design’ di Neopets dan kemudian membuat rujukan gambar di majalah fesyen seperti Vogue, Elle dan Harpers.

“Inspirasi untuk merakam sebuah gambar yang sempurna mula hadir. Dengan melihat postur dan sudut sesuai bagi setiap model, ia memudahkan kerja saya,” katanya.

Apa yang menariknya, Jessica lebih fokus kepada YouTube sebagai punca pendapatan­nya.

“Saya belajar membuat tutorial Photoshop ketika berusia 14 tahun. Tapi hairannya, tidak ramai menyukai video tutorial ketika saya mula membuka akaun YouTube.

“Tapi saya faham kerana kesalahan format yang membuatkan orang tak tertarik. Bagaimanap­un hari demi hari, semakin ramai yang menonton dan tidak kurang juga yang menghantar pesanan ringkas mengatakan saya menjadi sumber inspirasi kepada mereka. Saya sangat terharu,” katanya.

Selain menerima pendapatan berasaskan jumlah tontonan video di YouTube, peluang Jessica sangat cerah dalam bidang ini kerana dapat berhubung dengan lebih ramai golongan profesiona­l.

“Diberi peluang untuk berjumpa dan berhubung dengan begitu ramai orang bagi mempamerka­n kerja dan personalit­i saya, ia ibarat satu peluang keemasan dalam hidup.

“Namun dari segi bisnes, pelanggan menghubung­i saya apabila melihat hasil kerja di Instagram. Mungkin kerana Instagram lebih mudah diakses, mereka jarang menjenguk laman web saya. Oleh itu, saya akan memuat naik lebih banyak gambar menarik di Instagram,” katanya.

 ??  ?? JESSICA
JESSICA
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia