Harian Metro

PENGORBANA­N DAN MERDEKA

-

Sambut merdeka sudah, sambut raya pun sudah. Ramai yang bercakap mengenai merdeka. Malah kita melaungkan “merdeka!” sampai hilang suara. Kita mendengar seruan untuk berkorban sebagai semangat Aidiladha. Apa seterusnya? Kita kena terus melangkah. Caranya ialah bantu-membantu untuk menang, bukannya menjatuhka­n antara satu sama lain.

Tak semestinya kaya dan terkenal

Anda tidak seharusnya jadi kaya dan terkenal untuk menolong orang menang. Ini adalah nilai fitrah yang ada pada setiap manusia. Anda hanya perlu ambil berat dan melakukan yang terbaik ketika menolong orang. Percayalah, apabila anda mempunyai keupayaan membantu orang untuk menang, anda akan menjadi sahabat orang itu buat selamanya.

Menolong orang untuk menang adalah salah satu perasaan paling hebat di dunia. Saya belum pernah bertemu orang yang tak suka kepada kemenangan. Bagaimana dengan anda? Malah sesiapa yang saya temui menyatakan betapa mereka rasa gembira apabila dapat membantu orang lain.

Jika anda mahu membantu orang lain untuk menang, cuba lakukan langkah berikut:

Percaya

Mereka yang percaya kepada kemampuan kita sebenarnya membantu lebih daripada luar biasa. Mereka mencipta pada kita satu keadaan yang memudahkan laluan kita untuk berjaya.

Sebab itu, jika kita mahukan hasil luar biasa daripada seseorang, kita mesti meletakkan harapan luar biasa pada mereka. Ia boleh dilakukan dengan kepercayaa­n. Jika anda tidak percaya pada kemampuan seseorang, maka anda tidak melakukan hampir segalanya untuk membantu mereka menang.

Sesiapa saja yang waras dapat mengesan dan tahu bila ada orang lain tidak percaya pada mereka. Mereka boleh melihat pada gerakgeri anda, tindakan anda dan bagaimana anda memberi kebebasan kepada mereka melakukan sesuatu. Tetapi pada saat anda meletakkan kepercayaa­n pada mereka, keajaiban mula berlaku.

Berikan harapan

Seorang wartawan bertanya kepada Winston Churchill yang memimpin Britain keluar daripada zaman gelap ketika Perang Dunia Kedua. “Apakah senjata rahsia ketika menentang regim Nazi di bawah kepemimpin­an Hitler?”

Churchill segera menjawab: “Senjata rahsia yang menjadi sumber kekuatan England ialah... harapan!”

Begitu juga generasi emas yang melalui pengalaman perit menentang penjajah dan menuntut kemerdekaa­n untuk Tanah Melayu.

Saya sempat bertanya nenek saya yang pernah dikepung dan menjadi tawanan Jepun. Katanya, apa yang menyebabka­n beliau terus hidup dan tabah menghadapi segala kesusahan ialah harapan.

Harapan akan tiba ketika detik gemilang tanah air iaitu kemerdekaa­n! Tak kira apa jua kesusahan menimpa seseorang, apa yang menjadi sumber kekuatan untuk terus berjuang ialah harapan.

Harapan antara perkataan paling berkuasa dan bertenaga dalam apa jua bahasa. Ia adalah sumber kuasa untuk memastikan kita teguh pada saat getir dan sengsara. Ia juga merangsang kita untuk melihat masa depan gemilang dengan penuh semangat. Jika kita mahu membantu orang... curahkan mereka sinar harapan!

Apabila orang anda bantu menang, anda juga menang

Guru antara manusia yang mulia di alam semesta ini. Tak kira siapa juga insan hebat di dunia ini, mereka bermula dengan pengorbana­n seorang guru. Sajak Osman Awang mengenai pengorbana­n guru cukup menyentuh hati saya dan mungkin juga anda.

Guru tidak pernah mahukan wang atau apa jua harta kekayaan sebagai balasan kepada pengorbana­n mereka. Mengapa? Kerana lebih cukup bagi mereka ialah melihat kejayaan anak murid mereka. Mereka percaya kepada prinsip, ‘apabila mereka berjaya membantu seseorang untuk menang, hakikatnya mereka juga menang.” Kemenangan mereka ialah kemenangan anak didik mereka. Inilah kepercayaa­n fitrah bagi insan bernama guru.

Apabila anda membantu orang untuk menang, anda langsung tidak rugi kerana hakikatnya anda juga menang. Paling tidak, anda berjaya memenangi hati mereka dan anda menjadi sahabat mereka sepanjang hidup!

Ayuh bertindak mengisi merdeka

Buang cara hidup yang melihat hidup sebagai satu perlumbaan iaitu anda mesti kalahkan orang lain untuk menang.

Soal diri kita siapakah yang kita boleh bantu untuk menang dan bagaimana cara melakukann­ya.

Bertindak dengan buat satu catatan perjalanan. Rancang pengembara­an hidup anda bersama orang lain ke arah mencapai kejayaan.

Pada saat anda membantu seseorang untuk menang, anda sebenarnya akan mempunyai seorang sahabat untuk sepanjang hayat anda.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia